Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Penutupan Sementara Semua Perkhidmatan dalam Talian MBPP bagi Memberi Laluan kepada Kerja-Kerja Penyelenggaraan Berjadual Infrastruktur ICT

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan berjadual infrastruktur ICT akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut: Tarikh Mula   : 30 Januari 2026 (Jumaat), jam 10:00 malam Tarikh Tamat :  02 Februari 2026 (Isnin), jam 8:00 malam Sehubungan itu, semua perkhidmatan dalam talian Majlis tidak dapat diakses buat sementara waktu sepanjang tempoh berkenaan KECUALI Aplikasi Penang Smart Parking (orang awam boleh membuat bayaran tempat letak kereta dan kompuan seperti biasa) Segala kesulitan yang timbul sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut adalah amatlah...
  • Hits: 131

PEMAKLUMAN BERHUBUNG CARIAN MAKLUMAT PEMILIK PREMIS

Dimaklumkan bahawa berkuatkuasa serta merta, carian maklumat pemilik premis tidak lagi dibenarkan. Ketetapan ini dibuat bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), yang mengawal selia pengumpulan, penyimpanan dan pendedahan maklumat data peribadi. Selaras dengan peruntukan akta tersebut, sebarang permohonan untuk mendapatkan atau mengakses maklumat premis yang mengandungi unsur data peribadi tidak dapat diproses atau dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Langkah ini diambil bagi menjaga kerahsiaan maklumat serta memastikan semua...
  • Hits: 381