Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

Galeri 2018

SESI PERJUMPAAN DENGAN KOMUNITI BAGI PROJEK BIDS JALAN GURDWARA

Satu Sesi Perjumpaan Bersama Komuniti bagi projek BIDS Jalan Gurdwara telah diadakan pada 11 Mei 2018 (Jumaat) bertempat di Hin Bus Depot, Jalan Gurdwara. Program ini merupakan anjuran pihak Majlis bersama dengan Jawatankuasa LA21 BIDS Jalan Gurdwara dan Penang Nature Green Organization (PNGO). Untuk makluman, projek BIDS ini, atau dikenali sebagai Business Improvement District Scheme dalam bahasa Inggeris, merupakan satu usaha bersepadu yang berlandaskan objektif untuk menjana pembangunan semula kawasan bandar yang kian merosot dengan kerjasama daripada semua pihak yang berkepentingan...
  • Hits: 431

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL & HADIAH PROGRAM KELAS TARIAN TRADISIONAL KANAK-KANAK SESI 1 TAHUN 2018 PADA 13 MEI 2018 (HARI AHAD) BERTEMPAT DI AUDITORIUM JKKN

Dalam usaha mengembalikan kegemilangan seni tarian tradisional dan etnik serta memupuk semangat cintakan seni budaya dan warisan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Program Kelas Tarian Tradisional Kanak-Kanak Sesi 1. Pelbagai jenis tarian telah dipelajari oleh mereka seperti Tarian Melayu, Tarian Boria, Tarian Cina dan Tarian India yang telah dijalankan mulai 25 Februari 2018 hingga 6 Mei 2018 bertempat di Pusat Belia Lebuh Acheh, Pulau Pinang Untuk makluman, Program Kelas Tarian Tradisional Kanak-Kanak ini mendapat sambutan seramai 90...
  • Hits: 1051

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN TAHUN 2018

Sebagai tanda penghargaan kepada pembayar-pembayar cukai taksiran, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2018 pada 8 Mei 2018 (Selasa) bertempat di Auditorium F, Paras 5, KOMTAR. Acara cabutan bertuah ini adalah acara kali kelima (5) yang telah diadakan bermula pada tahun 2014 dan pada tahun ini, sebanyak 28,471 akaun telah membuat bayaran cukai taksiran setahun, oleh itu akaun-akaun berkenaan layak untuk Cabutan Bertuah. Untuk makluman, seramai 50 orang pembayar cukai taksiran terpilih yang telah membayar cukai...
  • Hits: 582

LARIAN OBOR ASIA PACIFIC MASTERS GAMES 2018 (APMG 2018) DI NEGERI SABAH 1.5.2018 (SELASA)

Selamat maju jaya diucapkan kepada dua orang wakil pendaki daripada Kelab Sukan MBPP iaitu Saudara Megat Safuan Sazali dan Saudara Mohamad Nazri Md Ibrahim yang telah memulakan ekspedisi mendaki ke Gunung Kinabalu pada pagi ini. Mereka akan mengiringi Obor APMG 2018 sehingga ke puncak Gunung Kinabalu dan dijangka turun semula pada keesokan hari. Ayuh kita doakan kejayaan mereka! ...
  • Hits: 453

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN IDEA REKABENTUK PEMBANGUNAN SEMULA JALAN PERAK, BANDAR JELUTONG, DTL GEORGE TOWN PULAU PINANG

Satu Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Peringkat Kebangsaam Idea Rekabentuk Pembangunan Semula Jalan Perak, Bandar Jelutong, DTL George Town Pulau Pinang pada 25 April 2018 bertempat di Auditorium A, Paras 5, KOMTAR. Pertandingan Peringkat Kebangsaan ini adalah anjuran Majlis Bandaraya Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Arkitek Malaysia, Cawangan Utara (PAM NC) sebagai urusetia dan disokong oleh Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) & Lembaga Jurutera Malaysia (IEM). Untuk makluman, pertandingan ini dianjurkan dengan tujuan untuk mencari idea yang kreatif dan inovatif untuk...
  • Hits: 638

PELANCARAN PROJEK PEMASANGAN ALAT PENGESAN PARAS AIR

SIDANG MEDIA PELANCARAN PROJEK PEMASANGAN ALAT PENGESAN PARAS AIR (WATER LEVEL SENSOR) UNTUK KAWASAN 'HOT SPOT' BANJIR Dalam usaha mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di beberapa kawasan sekitar Pulau Pinang, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah melancarkan Projek Pemasangan Alat Pengesan Paras Air (Water Level Sensor) Untuk Kawasan 'Hot Spot' Banjir. Majlis pelancaran yang telah disempurnakan oleh YB. Chow Kon Yeow ini telah diadakan di kawasan Sungai Pinang iaitu di hadapan Rumah Kelahiran P. Ramlee sambil disaksikan oleh Setiausaha Bandaraya, Ir. Addnan Mohd Razali,...
  • Hits: 614