Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

Galeri 2018

LARIAN OBOR ASIA PACIFIC MASTERS GAMES 2018 (APMG TORCH RUN 2018) PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Bersempena kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) yang akan berlangsung pada 7-15 September 2018 di Pulau Pinang, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) menganjurkan program Larian Obor APMG 2018 di seluruh Malaysia dan negeri Sarawak telah menjadi lokasi seterusnya untuk larian kali ini. Larian Obor APMG di Sarawak telah bermula di Dataran Jubli Emas, Limbang dan dirasmikan oleh Walikota Daerah Limbang iaitu Encik Suffian Mahad pada 18 Jun 2018 (Isnin). Pengarah Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Perbadanan Labuan iaitu Encik Mahathir Abd Hamid telah...
  • Hits: 435

Kunjungan hormat kepada Datuk Bandar MBPP dari Robotic Team wakil Malaysia pada 18 Jun 2018

10 orang pelajar Pulau Pinang yang berumur antara 11 tahun hingga 17 tahun dari 7 sekolah yang berlainan telah menyertai satu pertandingan First Lego League (FLL) antarabangsa pada April yang lalu. Mereka ialah Tam Li Yen, Chan Yi En, Fong Mun Cheok, Leong Kai Zhe, Zechariah Boey Sheng Ming, Liew Rowan, Chew Shean Xu, Ong Chi Xin, Fong Xuan dan Chung Jing Jia. Dalam pertandingan ini, mereka perlu memastikan robot yang mereka cipta boleh membuat 3 pusingan dalam masa 2.30 minit untuk menyelesaikan 18 misi pada peta, Pembentangan Rekabentuk Reka Bentuk Robot, Penyajian Penyampaian Projek...
  • Hits: 412

LAWATAN KE PEJABAT MENTERI PENGANGKUTAN

Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah membawa beberapa isu dan cadangan mengenai Pihak Berkuasa Tempatan untuk perhatian Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke pada hari Isnin 11 Jun, 2018. Semasa di Putrajaya, mereka juga sempat berjumpa dengan Menteri Kewangan dan berbincang mengenai beberapa...
  • Hits: 411

MAJLIS IFTAR DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA PULAU PINANG

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang telah menjemput Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang Ar. Yew Tung Seang ke Majlis Ifar di perkarangan Masjid Kapitan Keling pada hari Jumaat, 8 Jun, 2018. Datuk Bandar turut serta dengan Adun Pengkalan Kota, Daniel Gooi dan Dato Abdul Malik Kassim. Majlis Berbuka Puasa bersama Jemaah Masjid Kapitan Keling Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Chow Kon Yeow bersama jemaah Masjid Kapitan Keling di Majlis Berbuka Puasa pada Ahad 10 Jun 2018. Turut hadir sama adalah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Ar. Yew Tung Seang. Majlis ini...
  • Hits: 521

MAJLIS ADVOKASI KHAS KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA MUSIM PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2018

Majlis Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2018 yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Chow Kon Yeow telah diadakan di Plaza Tol Juru, Pulau Pinang hari ini (8 Jun 2018). Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Ar. Yew Tung Seang telah menghadiri majlis tersebut. Turut serta adalah Timbalan Ketua Menteri II Prof. P. Ramasamy, YB Jason H’ng, YDP Majlis Perbandaran Seberang Perai; Dato' Sr Hj Rozali bin Hj Mohamud, Ahli Majlis-Ahli Majlis, Ketua Jabatan dan dif-dif kehormat dari beberapa agensi dan jabatan Negeri. Dalam ucapan...
  • Hits: 464

KUNJUNGAN HORMAT DARI PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Satu kunjungan hormat dari Pengarah DBP En Abdul Wahab Hamzah telah diadakan di Pejabat Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Ar. Yew Tung Seang bersama dengan ketua jabatan MBPP pada 7 Jun 2018 (Khamis). En Wahab telah memuji inisiatif yang diambil oleh MBPP dalam penggunaan Bahasa Kebangsaan di pihak Majlis. Beliau juga berpuas hati dengan MBPP kerana banyak mempromosikan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam komunikasi samada dalam papan tanda, laman web dan lain-lain. DBP menunjuk minat untuk berkerjasama dengan MBPP. ...
  • Hits: 740

SIDANG MEDIA SEMPENA WORLD ENVIRONMENT DAY DAN PELANCARAN PROJEK 'PLOGCLEAN'

Satu sidang media sempena World Environment Day dan Pelancaran Projek 'Plogclean' telah diadakan pada 5 Jun 2018 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pelesenan, Jalan Padang Kota Lama. Program 'Plogclean' anjuran MBPP dan Penang Natural Green Organisation (PNGO) ini akan dijalankan pada 24 Jun 2018 bertempat di Armenian Park, jam 8.00...
  • Hits: 405

MAJLIS PERHIMPUNAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA YAB. KETUA MENTERI PULAU PINANG

Hari ini (5 Jun 2018) telah diadakan satu Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Bersama YAB. Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang bertempat di Grand Ballroom, Paras 5, The Top KOMTAR. Perhimpunan ini turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB. Dato' Seri Farizan Darus serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pada perhimpunan ini YAB. Chow Kon Yeow juga mengumumkan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan (Bonus) sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjawat awam Negeri Pulau Pinang dengan bayaran sebanyak RM...
  • Hits: 674