Satu kunjungan hormat dari Pengarah DBP En Abdul Wahab Hamzah telah diadakan di Pejabat Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Ar. Yew Tung Seang bersama dengan ketua jabatan MBPP pada 7 Jun 2018 (Khamis).
En Wahab telah memuji inisiatif yang diambil oleh MBPP dalam penggunaan Bahasa Kebangsaan di pihak Majlis. Beliau juga berpuas hati dengan MBPP kerana banyak mempromosikan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam komunikasi samada dalam papan tanda, laman web dan lain-lain. DBP menunjuk minat untuk berkerjasama dengan MBPP.