MAJLIS ADVOKASI KHAS KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA MUSIM PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2018
Majlis Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2018 yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Chow Kon Yeow telah diadakan di Plaza Tol Juru, Pulau Pinang hari ini (8 Jun 2018).
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Ar. Yew Tung Seang telah menghadiri majlis tersebut. Turut serta adalah Timbalan Ketua Menteri II Prof. P. Ramasamy, YB Jason H’ng, YDP Majlis Perbandaran Seberang Perai; Dato' Sr Hj Rozali bin Hj Mohamud, Ahli Majlis-Ahli Majlis, Ketua Jabatan dan dif-dif kehormat dari beberapa agensi dan jabatan Negeri.
Dalam ucapan YAB Ketua Menteri, beliau telah menyeru semua pihak bekerjasama untuk menurunkan kadar kemalangan sebanyak 10% dan sempena musim perayaan, beliau turut mengingatkan supaya semua pengguna jalanraya sentiasa berhati-hati semasa memandu.