Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

LARIAN OBOR ASIA PACIFIC MASTERS GAMES 2018 (APMG TORCH RUN 2018) PERINGKAT NEGERI SARAWAK

19 June, 2018

Bersempena kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) yang akan berlangsung pada 7-15 September 2018 di Pulau Pinang, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) menganjurkan program Larian Obor APMG 2018 di seluruh Malaysia dan negeri Sarawak telah menjadi lokasi seterusnya untuk larian kali ini.

Larian Obor APMG di Sarawak telah bermula di Dataran Jubli Emas, Limbang dan dirasmikan oleh Walikota Daerah Limbang iaitu Encik Suffian Mahad pada 18 Jun 2018 (Isnin).

Pengarah Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Perbadanan Labuan iaitu Encik Mahathir Abd Hamid telah menyerahkan Obor tersebut kepada Walikota Daerah Limbang iaitu Encik Suffian Mahad.

Obor APMG 2018 telah dibawa berarak di sekitar kawasan Limbang oleh lebih daripada 30 orang pelari serta penunggang basikal dan larian berakhir di Taman Tasik Emas untuk upacara penanaman pokok.

Larian Obor ini akan mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana buat pertama kalinya, Pihak Berkuasa Tempatan dari semua negeri di Malaysia akan berganding bahu untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan kesukanan.

Larian ini akan mengambil masa selama 99 hari sejauh 3,908 KM yang merangkumi keseluruhan negeri di seluruh Malaysia dan berakhir di Pulau Pinang pada 8 September 2018.

  • picture 4 2
  • picture 5
  • picture 7
  • picture 4 2
  • picture 5
  • picture 7