Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN TAHUN 2018

08 May, 2018

Sebagai tanda penghargaan kepada pembayar-pembayar cukai taksiran, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2018 pada 8 Mei 2018 (Selasa) bertempat di Auditorium F, Paras 5, KOMTAR.

Acara cabutan bertuah ini adalah acara kali kelima (5) yang telah diadakan bermula pada tahun 2014 dan pada tahun ini, sebanyak 28,471 akaun telah membuat bayaran cukai taksiran setahun, oleh itu akaun-akaun berkenaan layak untuk Cabutan Bertuah.

Untuk makluman, seramai 50 orang pembayar cukai taksiran terpilih yang telah membayar cukai taksiran untuk tempoh setahun dan tidak mempunyai tunggakan telah menerima pelbagai hadiah seperti basikal, Ipad, jam tangan pintar, telefon pintar dan baucer membeli belah.

  • a1
  • a2
  • a3
  • a4
  • a5
  • a1
  • a2
  • a3
  • a4
  • a5