Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL & HADIAH PROGRAM KELAS TARIAN TRADISIONAL KANAK-KANAK SESI 1 TAHUN 2018 PADA 13 MEI 2018 (HARI AHAD) BERTEMPAT DI AUDITORIUM JKKN

14 May, 2018

Dalam usaha mengembalikan kegemilangan seni tarian tradisional dan etnik serta memupuk semangat cintakan seni budaya dan warisan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Program Kelas Tarian Tradisional Kanak-Kanak Sesi 1.

Pelbagai jenis tarian telah dipelajari oleh mereka seperti Tarian Melayu, Tarian Boria, Tarian Cina dan Tarian India yang telah dijalankan mulai 25 Februari 2018 hingga 6 Mei 2018 bertempat di Pusat Belia Lebuh Acheh, Pulau Pinang

Untuk makluman, Program Kelas Tarian Tradisional Kanak-Kanak ini mendapat sambutan seramai 90 orang kanak-kanak yang berusia dari 5-12 tahun termasuk 4 pelajar OKU (Masalah Pendengaran) dan 4 pelajar dari Rumah Kebajikan Ramakrisha.

  • jkkn1
  • jkkn2
  • jkkn3
  • jkkn4
  • jkkn5
  • jkkn1
  • jkkn2
  • jkkn3
  • jkkn4
  • jkkn5