Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Bandar Mesra Usia

16 Jun, 2023

Pengenalan

Pulau Pinang sebagai negeri kedua yang sedang mengalami penuaan di Malaysia selepas negeri Perak. Menjelang 2040, Pulau Pinang akan mempunyai kadar warga emas terbesar di Malaysia. Oleh yang demikian, Pulau Pinang kini dalam usaha untuk menuju ke arah menjadi Bandar Mesra Usia (AFC).

https://extranet.who.int/agefriendlyworld/network/penang-island/  

Definisi

Screenshot 2023 07 05 113725

AFC Penang Island Certificate 1

  • Bandar Mesra Usia (AFC) adalah rangka kerja yang dibangunkan oleh WHO dengan mengambil kira keperluan dan keutamaan khusus orang dewasa yang lebih tua.  Ia adalah tempat di mana semua peringkat umur boleh tinggal, bekerja, dan mengambil bahagian dalam aktiviti sosial, ekonomi, dan budaya dengan maruah, autonomi, dan hormat. MBPP telah pun memulakan dengan perancangan yang khusus melalui Pelan Tindakan khusus Bandar Mesra Usia di dalam Pelan Strategik Majlis Bandaraya Pulau Pinang 2021-2025

  Website MBPP AFC BM.pptx

8 Sektor utama dalam Bandar Mesra Usia

.

Ruang Awam dan Bangunan

  • Meningkatkan kegunaan ruang luar dan bangunan untuk orang dewasa yang lebih tua.
 Penang Island Logo 8 Domains 02

Sistem Pengangkutan

  • Meningkatkan akses kepada dan kesedaran mengenai pilihan mobiliti yang berpatutan, selamat, dan adil untuk orang dewasa tua di semua bahagian Pulau Pinang.
 Penang Island Logo 8 Domains 01

Sistem Perumahan

  • Menambah baik pilihan dari segi kemampuan, kualiti dan pemantapan perumahan kepada warga emas.
 Penang Island Logo 8 Domains 05

Penglibatan Sosial/Masyarakat

  • Mempromosikan peluang yang pelbagai dan mempermudahkan akses bagi penyertaan dan penglibatan untuk warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
 Penang Island Logo 8 Domains 03

Saling Menghormati dan Keterangkuman Sosial

  • Menegakkan prinsip warga emas berusia 60 tahun dan ke atas sebagai ahli Masyarakat yang penting dan bernilai pada komuniti.
 Penang Island Logo 8 Domains 07

Penglibatan sivik dan Peluang Pekerjaan

  • Menghubungkan warga emas dengan sumber yang dapat membantu mereka mencapai kepelbagaian pekerjaan dan peralihan kerjaya.
 Penang Island Logo 8 Domains 06

Berkomunikasi dan Informasi

  • Memberi kesedaran dan akses kepada perkhidmatan dan sokongan yang sedia ada untuk semua lapisan masyarakat, terutamanya warga emas.
 Penang Island Logo 8 Domains 04

Sokongan Masyarakat dan Perkhidmatan Kesihatan

  • Memastikan komuniti mempunyai sumber yang berpatutan dan boleh dicapai sebagai matlamat agar dapat menyokong kesihatan dan kesejahteraan individu sepanjang proses penuaan.

 

 

Sektor 1: Ruang Awam dan Bangunan

  • Meningkatkan kegunaan ruang luar dan bangunan untuk orang dewasa yang lebih tua.
  • Rekabentuk Taman Kejiranan memenuhi kriteria Universal design and accessibility in the built environment yang mengambilkira rekabentuk sejagat amat diberi keutamaan iaitu mempunyai rekabentuk yang mencapai tahap penggunaan yang sama rata kepada golongan yang mempunyai keupayaan yang berbagai-bagai, lebih-lebih lagi untuk warga emas serta taman kejiranan yang mempunyai ruang dan saiz yang mesra pengguna yang mampu menawarkan pilihan kepada pengguna samada mahu beriadah secara bersendirian ataupun secara berkumpulan.

Screenshot 2023 07 05 121557

 

  • Dewan Bandaran atau dikenali sebagai "Town Hall" yang dilengkapi ruang galeri pameran, dewan "ballroom" dan bilik serbaguna, ia juga dilengkapi kemudahan lif, tandas dan ramp yang khusus kepada golongan "Orang Kelainan Upaya". Ini membolehkan Dewan Bandaran dapat digunakan oleh semua lapisan masyarakat/komuniti melalui penganjuran aktiviti kebudayaan, kesenian dan pelbagai lagi.

Screenshot 2023 07 05 121911

townhall1

townhall2

 

  •  Penyediaan Kemudahan Awam Dan Persekitaran Mesra O.K.U. Berdasarkan Konsep Rekabentuk Sejagat bagi keselesaan semua.
 No.  Lokasi
 1.  Kompleks Dan Pasar Padang Tembak,​ Pulau Pinang.​
 2.  Astaka ​Dan Pasar Batu Lancang, Pulau ​Pinang.​
 3.  Kompleks Penjaja Desa Mayang​
 4.  Kompleks Padang Brown​
 5.  Kompleks Bukit Gedung​
 6.  Kompleks Desa Genting​
 7.  Kompleks Tanjung Bungah​
 8.  Astaka Coolie Lines 
 9.  Pasar Dan Kompleks Penjaja Bayan Baru​
 10.  Pasar Pulau Tikus​
 11.  Pasar Lebuh Cecil​
 12.  Pasar Telok Bahang​
 13.  Pasar Jelutong​
 14.  Pasar Chowrasta
 15.  Pasar Air Itam​
 16.  Pejabat Jabatan Khidmat Kemasyarakatan, Taman Belia (Dalam Pembinaan)

 Screenshot 2023 07 05 123633 Screenshot 2023 07 05 123644

 

No. Lokasi
 1.  Tandas Pantai Mas​
 2.  Tandas Medan Renong​
 3.  Tandas Padang Kota​
 4.  Tandas Pasar Padang Tembak​
 5.  Tandas Batu Lancang​
 6.  Tandas Pasar Tanjung Bungah​
 7.  Surau Lebuh Duke​
 8.  Tandas Pantai Miami (Dalam Pembinaan)​

Screenshot 2023 07 05 123445Screenshot 2023 07 05 123454


 Sektor 2: Sistem Pengangkutan

  • Meningkatkan akses kepada dan kesedaran mengenai pilihan mobiliti yang berpatutan, selamat, dan adil untuk orang dewasa tua di semua bahagian Pulau Pinang.

Screenshot 2023 07 05 124040

  • Kerjasama dengan Penang Rapid Bus dalam pelaksanaan pengangkutan awam PERCUMA sebagai insentif mampu milik untuk semua rakyat Pulau Pinang sperti Central Area Transit (CAT), Bridge Express Shuttle Transit' (BEST) , CATBridge
  • Berkonsepkan mesra penunggang basikal, Bas "menyedia platform dan membenarkan basikal dibawa bersama. Ini membolehkan para penggemar riadah berbasikal menjalankan aktiviti di bandaraya George Town
  • Pengekalan bas yang boleh diakses kemudahan kerusi roda sebanyak 200 buah

 

Screenshot 2023 07 05 124146

  • Penang Smart Parking (PSP) – Dalam usaha ke arah Bandar Pintar, sistem tempat letak kereta Pintar Pulau Pinang yang mesra pengguna bagi setiap lapisan masyarakat telah dihasilkan yang dilengkapi ciri-ciri Cari Parking, Bayar Parking, Bayar Kompaun, Beli Pas Bulanan.

 

Screenshot 2023 07 05 124238

  • Pelan Induk Laluan Berbasikal Pulau Pinang dengan matlamat untuk mewujudkan laluan berbasikal sepanjang 200km di sekitar Pulau Pinang yang akan menyusuri bandar, melalui pantai untuk penunggang basikal mengembara ke seluruh pulau tanpa menghasilkan karbon bagi terus menggalakkan lebih ramai orang berbasikal yang diperkenalkan pada 2017serta menyasarkan penunggang basikal sebanyak 45,000 setiap tahun menjelang 2025.

Screenshot 2023 07 05 124314 Screenshot 2023 07 05 124324

  • Sistem Perkongsian Basikal (Link Bike) ini telah dilancarkan pada 17hb Disember 2016. Kini, terdapat sejumlah 29 stesen, 250 basikal dan 325 'bicycle dock' disediakan di kawasan George Town dan Bayan Baru.

 

 Screenshot 2023 07 05 124746

Screenshot 2023 07 05 124814

Screenshot 2023 07 05 124805


 Sektor 3: Sistem Perumahan

  • Menambah baik pilihan dari segi kemampuan, kualiti dan pemantapan perumahan kepada warga emas.

Screenshot 2023 07 05 125118  Screenshot 2023 07 05 125111

  • Pelaksanaan Garis Panduan Pembangunan Perumahan Mesra Warga Emas Di Kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang pada 15 Disember 2022 yang pembangunan Perumahan Mesra Warga Emas bersepadu yang melibatkan Kandungan Kediaman [Independent Living Unit (ILU)] dan Kandungan Pusat Jagaan [Assisted Living Unit (ALU)]
  • Penyediaan Skim perumahan awam dalam usaha untuk memenuhi hasrat dan keperluan masyarakat di Pulau Pinang khususnya penyewa­penyewa perumahan awam Majlis yang terdiri dari pelbagai kaum serta gender.

Screenshot 2023 07 05 125133


Sektor 4: Penglibatan Sosial/Masyarakat

  • Mempromosikan peluang yang pelbagai dan mempermudahkan akses bagi penyertaan dan penglibatan untuk warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Promosi sistem dan amalan pengurusan sukarelawan dengan pelbagai program yang dilaksanakan.
  • Sila klik untuk Senarai Pelaksanaan Program

Screenshot 2023 07 05 125445

 

  • Bina rangkaian sokongan sosial dalam komuniti

Screenshot 2023 07 05 125455

Anugerah Sekolah Hijau ini adalah sebahagian daripada usaha MBPP untuk memupuk cinta terhadap alam sekitar di kalangan golongan muda dengan bekerjasama dengan sekolah-sekolah. Penyampaian Hadiah Anugerah Sekolah Hijau Tahun 2022

 

  • Pelaksanaan Dasar Keterangkuman Gender memastikan akses secara inklusif kepada perancangan program, pelaksanaan dan penyediaan kemudahan-kemudahan untuk mencapai keterangkuman gender.

Screenshot 2023 07 05 125511

Screenshot 2023 07 05 125520

 

  • Digital Library@makerspace, Balik Pulau - Kemudahan dan ruang Digital Library@Makerspace, Balik Pulau akan beroperasi setiap hari Isnin sehingga hari Ahad dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Tempat adalah terhad kepada 30 orang pada setiap hari.

 Screenshot 2023 07 24 093003 

Screenshot 2023 07 24 093016

Screenshot 2023 07 24 093031


 Sektor 5: Saling Menghormati dan Keterangkuman Sosial

  • Menegakkan prinsip warga emas berusia 60 tahun dan ke atas sebagai ahli Masyarakat yang penting dan bernilai pada komuniti.

Screenshot 2023 07 05 125910

  • 'Bike Box' yang merupakan zon khas untuk berhenti bagi motosikal dan basikal apabila di persimpangan lampu isyarat.

Screenshot 2023 07 05 125923

Taman permainan khas OKU untuk semua golongan OKU di Taman Bandaraya.

 

  • Mewujudkan kebolehcapaian yang mesra untuk semua peringkat umur dari segi ketersediaan mengikut MS1184  Universal design and accessibility in the built environment - Code of practice melalui penyediaan laluan pejalan kaki
  • Pedestrian Is King” - Program Pejalan Kaki adalah Raja telah diperkenalkan pada tahun 2015 di George Town untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pemandu untuk memperlahankan kenderaan di lintasan zebra bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk pejalan kaki.

Screenshot 2023 07 05 125941 

Screenshot 2023 07 05 130000 Screenshot 2023 07 05 125951


Sektor 6: Penglibatan sivik dan Peluang Pekerjaan

  • Menghubungkan warga emas dengan sumber yang dapat membantu mereka mencapai kepelbagaian pekerjaan dan peralihan kerjaya.

Screenshot 2023 07 05 130414

  • Memberi peluang pekerjaan pesara Majlis menguruskan pembersihan tandas bagi meraih pendapatan sampingan melalui hasil kutipan bayaran masuk tandas

 

Screenshot 2023 07 05 130406

  • Kontrak Komuniti Pembersihan  diberikan kepada Pertubuhan Komuniti PPR Jalan Sungai yang memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di Kawasan tersebut

Sektor 7: Berkomunikasi dan Informasi

  • Memberi kesedaran dan akses kepada perkhidmatan dan sokongan yang sedia ada untuk semua lapisan masyarakat, terutamanya warga emas.

PEARL - One Touch Penang adalah platform sehenti maya seluruh bandar Pulau Pinang bagi tujuan memudahkan interaksi dan akses kepada perkhidmatan MBPP dan pengguna di Pulau Pinang selain daripada Portal  Rasmi MBPP

Antara informasi yang telah & sedang dibangunkan berkaitan:

  • Shopping di atas talian
  • Bayar Bil Dalam Talian, 
  • Tempat Tarikan Pulau Pinang,
  • Acara MBPP 
  • Penyenaraian Dan Lokasi Balai Polis, Balai Bomba, Pejabat MBPP, Veterinar, Paras Air, Taman dan Pusat Jagaan Serta Rumah Jagaan, Klinik, Hospital, Perkhidmatan Ambulans, Automated External defibrillator (AED)

Screenshot 2023 07 05 130640

 

  • Pemantauan Keadaan Dan Situasi Semasa ! "Eyes In The Sky” dan juga memberikan informasi kepada orang ramai seperti keadaan bencana alam, keadaan trafik dan lain-lain.

Screenshot 2023 07 05 130655


Sektor 8: Sokongan Masyarakat dan Perkhidmatan Kesihatan

  • Memastikan komuniti mempunyai sumber yang berpatutan dan boleh dicapai sebagai matlamat agar dapat menyokong kesihatan dan kesejahteraan individu sepanjang proses penuaan.
  • Pusat Transit Gelandangan “Night Shelter” -

Screenshot 2023 07 05 130925

 

Screenshot 2023 07 05 131048 Screenshot 2023 07 05 131038

 

  • Mempromosi kesedaran kesihatan kepada orang ramai dan di sekolah-sekolah yang mengenai kebersihan makanan dan kesedaran demam denggi

Screenshot 2023 07 05 131427