Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Unit Undang-Undang

08 Februari, 2023

  • Profil

    Pada 01.01.1985, Majlis mewujudkan Jabatan Undang-Undang yang bertanggungjawab seperti lain-lain jabatan kepada Setiausaha Perbandaran. Sebelum ini, Jabatan Undang-Undang telah wujud sebagai sebahagian di Jabatan Sekretariat di bawah penyeliaan Pengarah Pentadbiran. Kemudian, Jabatan Undang-Undang telah digelarkan Unit Undang-Undang mulai 01.10.2004 dan kini diletak dibawah seliaan Datuk Bandar seperti di Kementerian-Kementerian di peringkat Kerajaan Persekutuan, berikutan dengan penyusunan semula struktur organisasi Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

  • Objektif

    Tiada

  • Fungsi
    1. Penasihat Undang-Undang Sivil

      1. Tunggakan sewaan perumahan awam Majlis

        1. Menyediakan notis keluar.

        2. Menerima bayaran tunggakan sewa.

        3. Menyediakan perjanjian penyewaan bangunan-bangunan Majlis dan lain-lain.

      2. Cukai Taksiran Bangunan

        1. Proses guaman bagi hal-hal tunggakan cukai taksiran.

        2. Menerima bayaran ansuran tunggakan cukai taksiran.

    2. Penasihat Undang-Undang Pentadbiran

      1. Penyeliaan Pentadbiran Pejabat.

      2. Penyediaan Senarai Perjawatan dan Perkhidmatan kakitangan.

      3. Penyediaan dan kawalan peralatan pejabat.

      4. Penyediaan belanjawan, mengurus pembelian dan bayaran.

    3. Penasihat Undang-Undang Pendakwaan

      1. Penyediaan surat peringatan untuk kompaun kesalahan.

      2. Penyediaan saman untuk pesalah yang tidak membayar kompaun.

      3. Menyediakan kertas-kertas pertuduhan terhadap pesalah di bawah Akta Perancangan Bandar & Desa 1976, Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 dan Strata Management Act 2013.

    4. Penasihat Undang-Undang Lembaga Rayuan dan Kontrak

      1. Membantu menguruskan kes-kes Lembaga Rayuan dari peringkat sebutan hingga perbicaraan penuh.

      2. Menguruskan fail-fail Lembaga Rayuan yang dirujuk untuk semak kehakiman (Judicial Riview) di Mahkamah Tinggi.

      3. Menguruskan semua kontrak / perjanjian di antara Majlis dan orang awam (syarikat/pemaju/agensi kerajaan dan lain-lain).

  • Perkhidmatan Kami

    NASIHAT           

    • Memberi pendapat perundangan tentang hal-hal Perancangan, Bangunan, Kesihatan, Pelesenan, Perkhidmatan Perbandaran, Tanah, Perlantikan, Perkhidmatan, Disiplin dan Penamatan Perkhidmatan Kakitangan serta perkara-perkara Penguatkuasaan dan lain-lain.

    • Menasihati Jabatan-jabatan Majlis amnya mengenai kuasa, tugas-tugas dan fungsi-fungsi mereka.

    • Menasihati Jawatankuasa-Jawatankuasa Majlis termasuk Jawatankuasa Tetap dan Jabatan-jabatan Majlis.

     

    PENDAKWAAN

    • Menyediakan tuduhan-tuduhan dan saman-saman.

    • Memulakan dan menjalankan pendakwaan dalam mahkamah kerana pelanggaran atau tidak mematuhi Akta-Akta Ibu yang dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan [Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 dan Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974] dan Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

     

    GUAMAN / SIVIL

    • Mengurus dan menyelesaikan tuntutan gantirugi yang melibatkan kenderaan-kenderaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

    • Mengurus dan menyelesaikan tuntutan sivil oleh dan terhadap Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

    • Menyelesaikan hal-hal tuntutan penyewaan untuk milikan penuh dan bantuan  tambahan (ancillary reliefs)

     

    DOKUMEN KONTRAK/ PERJANJIAN

    • Unit Undang-undang juga telah menyediakan semua jenis kontrak-kontrak dan perjanjian seperti berikut :-

    Bil.

    Jenis Kontrak/Perjanjian

    1.

    Perkhidmatan

    2.

    Kerja-kerja

    3.

    Bekalan

    4.

    Perjanjian Penyewaan Tanah

    5.

    Perjanjian Pajakan Premis Majlis

    6.

    Perjanjian Lesen

    7.

    Perjanjian Jual Beli

    8.

    Perjanjian Pajakan Tanah

     

    URUSAN TANAH/PEMINDAHAN  2020

    Unit Undang-undang menguruskan semua pengurusan berhubung dengan pemindahan milik harta Majlis, menyediakan perjanjian jualbeli, menyediakan pajakan tanah, caj (charge), melepaskan gadaian, kaveat dan mengkoordinasi dan menjawab segala pertanyaan undang-undang yang melibatkan lain-lain jabatan Majlis.                         

    • Penyediaan Perjanjian  Namaan         

    • Penyediaan Pajakan                                                                 

    • Penyediaan Pindahmilik 

    • Pertanyaan Perundangan                                

    • Gadaian

     

    PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG                                 

    Unit Undang-Undang bertanggungjawab untuk menjalankan kajian semula Akta-Akta dan Undang-Undang Kecil yang dikuatkuasakan oleh Majlis dan menyediakan Perintah-Perintah Di Bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.                   

    • Penyediaan Undang-Undang Kecil dan Kaedah-Kaedah

    • Penyediaan Notis di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987

    • Penyediaan Perintah di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987  

    • Undang-Undang Kecil (Kerja Tanah) MPPP 2020

    • Undang-Undang Kecil Anjing (Pelesenan)  MPPP 2020

    • Perintah Pengangkutan Jalan (Tempat Letak Kereta) MPPP 2014 dan

    • Perintah Pengangkutan Jalan (Tempat Letak Kereta)-Pindaan 2019 MPPP

    • Perintah Pengangkutan Jalan (Tempat Letak Kereta)-Pindaan 2021 MPPP

    • Perintah Pengangkutan Jalan (Tempat Letak Kereta)-Pindaan 2022 MPPP

    • Undang-Undang Kecil Pengasingan Sampah dan Pelesenan Perkhidmatan Pungutan Sampah Yang Boleh diKitar Semula MBPP 2016

    • Undang-Undang Kecil Hotel MBPP 2017

    • Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 2016 (Pindaan)

     

    MENUNTUT KADAR                 

    Unit Undang-Undang membantu Jabatan Perbendaharaan menuntut kadar yang tertunggak dengan mengeluarkan notis-notis serta mengambil tindakan mahkamah untuk penahanan dan penjualan harta tak alih serta memastikan tunggakan kadar dikutip hingga terkini sebelum permohonan untuk kelulusan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelbagai lesen diproses dan dipertimbangkan oleh Majlis.

     

    LEMBAGA RAYUAN                

    Penasihat Undang-Undang telah mewakili Majlis di Lembaga Rayuan berhubung dengan rayuan terhadap penolakan permohonan Kebenaran Merancang atau syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis

     

    MENUNTUT KADAR                 

    Unit Undang-Undang membantu Jabatan Perbendaharaan menuntut kadar yang tertunggak dengan mengeluarkan notis-notis serta mengambil tindakan mahkamah untuk penahanan dan penjualan harta tak alih serta memastikan tunggakan kadar dikutip hingga terkini sebelum permohonan untuk kelulusan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelbagai lesen diproses dan dipertimbangkan oleh Majlis.

     

    LEMBAGA RAYUAN                

    Penasihat Undang-Undang telah mewakili Majlis di Lembaga Rayuan berhubung dengan rayuan terhadap penolakan permohonan Kebenaran Merancang atau syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis

  • Piagam Pelanggan

    Pertanyaan  Am  Mengenai Perundangan

    • Semua pertanyaan mengenai perundangan akan diberikan jawapan dalam tempoh empat belas (14) hari.

    Ulasan/Pandangan Teknikal Mengenai Perundangan

    • Ulasan/Pandangan  teknikal  dikemukakan  dalam tempoh empat belas (14) hari.
  • Carta Organisasi

    chart undang 

  • Direktori

    Nama

    Jawatan

    Telefon(Pejabat)

    Emel[at]mbpp[dot]gov[dot]my        

    Shamiah bt. Haji Bilal

    Penasihat Undang-Undang

    04-2592133 

    shbilal

    Siti Khairul Bariah bt. Jamil Azhar PJM, PKT

    Timbalan Penasihat Undang-Undang

    04-2592296

    skhairul

    Bavani a/p Sundaramoorthy

    Pegawai  Undang-Undang

    04-2592099

    bavani

    Mohamad Sany b. Abdul Rahma

    Pegawai Undang-Undang

    04-2592302

    mohamadsany

    Mohammad Noor Helmi Bin Jamain

    Pegawai Undang-Undang

    04-2693031

    helmijamain

    -

    Penolong Pegawai Undang-Undang

    04-2592269

    -

    Normah binti Haji Mohd Ali

    Setiausaha Pejabat

    04-2592133

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / normah

    Yusni binti Md Rashidi

    Pembantu Tadbir Kanan

    04-2592171

    yusni

  • Hubungi Kami
    Telefon    

    04-259 2171 / 04-259 2133

    Emel

    undang[at]mbpp.gov.my

    Alamat

    Unit Undang-Undang Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Tingkat 16, KOMTAR, 10675 Pulau Pinang.

  • Dasar dan Garis Panduan
  • Muat Turun Borang
  • Perundangan
  • Penerbitan