Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Bandar Mesra Usia

16 Jun, 2023

Halaman 1 dari 8

Pengenalan

Pulau Pinang sebagai negeri kedua yang sedang mengalami penuaan di Malaysia selepas negeri Perak. Menjelang 2040, Pulau Pinang akan mempunyai kadar warga emas terbesar di Malaysia. Oleh yang demikian, Pulau Pinang kini dalam usaha untuk menuju ke arah menjadi Bandar Mesra Usia (AFC).

https://extranet.who.int/agefriendlyworld/network/penang-island/  

Definisi

Screenshot 2023 07 05 113725

AFC Penang Island Certificate 1

  • Bandar Mesra Usia (AFC) adalah rangka kerja yang dibangunkan oleh WHO dengan mengambil kira keperluan dan keutamaan khusus orang dewasa yang lebih tua.  Ia adalah tempat di mana semua peringkat umur boleh tinggal, bekerja, dan mengambil bahagian dalam aktiviti sosial, ekonomi, dan budaya dengan maruah, autonomi, dan hormat. MBPP telah pun memulakan dengan perancangan yang khusus melalui Pelan Tindakan khusus Bandar Mesra Usia di dalam Pelan Strategik Majlis Bandaraya Pulau Pinang 2021-2025

  Website MBPP AFC BM.pptx

8 Sektor utama dalam Bandar Mesra Usia

.

Ruang Awam dan Bangunan

  • Meningkatkan kegunaan ruang luar dan bangunan untuk orang dewasa yang lebih tua.
 Penang Island Logo 8 Domains 02

Sistem Pengangkutan

  • Meningkatkan akses kepada dan kesedaran mengenai pilihan mobiliti yang berpatutan, selamat, dan adil untuk orang dewasa tua di semua bahagian Pulau Pinang.
 Penang Island Logo 8 Domains 01

Sistem Perumahan

  • Menambah baik pilihan dari segi kemampuan, kualiti dan pemantapan perumahan kepada warga emas.
 Penang Island Logo 8 Domains 05

Penglibatan Sosial/Masyarakat

  • Mempromosikan peluang yang pelbagai dan mempermudahkan akses bagi penyertaan dan penglibatan untuk warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
 Penang Island Logo 8 Domains 03

Saling Menghormati dan Keterangkuman Sosial

  • Menegakkan prinsip warga emas berusia 60 tahun dan ke atas sebagai ahli Masyarakat yang penting dan bernilai pada komuniti.
 Penang Island Logo 8 Domains 07

Penglibatan sivik dan Peluang Pekerjaan

  • Menghubungkan warga emas dengan sumber yang dapat membantu mereka mencapai kepelbagaian pekerjaan dan peralihan kerjaya.
 Penang Island Logo 8 Domains 06

Berkomunikasi dan Informasi

  • Memberi kesedaran dan akses kepada perkhidmatan dan sokongan yang sedia ada untuk semua lapisan masyarakat, terutamanya warga emas.
 Penang Island Logo 8 Domains 04

Sokongan Masyarakat dan Perkhidmatan Kesihatan

  • Memastikan komuniti mempunyai sumber yang berpatutan dan boleh dicapai sebagai matlamat agar dapat menyokong kesihatan dan kesejahteraan individu sepanjang proses penuaan.

 

 

Sektor 1: Ruang Awam dan Bangunan

  • Meningkatkan kegunaan ruang luar dan bangunan untuk orang dewasa yang lebih tua.
  • Rekabentuk Taman Kejiranan memenuhi kriteria Universal design and accessibility in the built environment yang mengambilkira rekabentuk sejagat amat diberi keutamaan iaitu mempunyai rekabentuk yang mencapai tahap penggunaan yang sama rata kepada golongan yang mempunyai keupayaan yang berbagai-bagai, lebih-lebih lagi untuk warga emas serta taman kejiranan yang mempunyai ruang dan saiz yang mesra pengguna yang mampu menawarkan pilihan kepada pengguna samada mahu beriadah secara bersendirian ataupun secara berkumpulan.

Screenshot 2023 07 05 121557

 

  • Dewan Bandaran atau dikenali sebagai "Town Hall" yang dilengkapi ruang galeri pameran, dewan "ballroom" dan bilik serbaguna, ia juga dilengkapi kemudahan lif, tandas dan ramp yang khusus kepada golongan "Orang Kelainan Upaya". Ini membolehkan Dewan Bandaran dapat digunakan oleh semua lapisan masyarakat/komuniti melalui penganjuran aktiviti kebudayaan, kesenian dan pelbagai lagi.

Screenshot 2023 07 05 121911

townhall1

townhall2

 

  •  Penyediaan Kemudahan Awam Dan Persekitaran Mesra O.K.U. Berdasarkan Konsep Rekabentuk Sejagat bagi keselesaan semua.
 No.  Lokasi
 1.  Kompleks Dan Pasar Padang Tembak,​ Pulau Pinang.​
 2.  Astaka ​Dan Pasar Batu Lancang, Pulau ​Pinang.​
 3.  Kompleks Penjaja Desa Mayang​
 4.  Kompleks Padang Brown​
 5.  Kompleks Bukit Gedung​
 6.  Kompleks Desa Genting​
 7.  Kompleks Tanjung Bungah​
 8.  Astaka Coolie Lines 
 9.  Pasar Dan Kompleks Penjaja Bayan Baru​
 10.  Pasar Pulau Tikus​
 11.  Pasar Lebuh Cecil​
 12.  Pasar Telok Bahang​
 13.  Pasar Jelutong​
 14.  Pasar Chowrasta
 15.  Pasar Air Itam​
 16.  Pejabat Jabatan Khidmat Kemasyarakatan, Taman Belia (Dalam Pembinaan)

 Screenshot 2023 07 05 123633 Screenshot 2023 07 05 123644

 

No. Lokasi
 1.  Tandas Pantai Mas​
 2.  Tandas Medan Renong​
 3.  Tandas Padang Kota​
 4.  Tandas Pasar Padang Tembak​
 5.  Tandas Batu Lancang​
 6.  Tandas Pasar Tanjung Bungah​
 7.  Surau Lebuh Duke​
 8.  Tandas Pantai Miami (Dalam Pembinaan)​

Screenshot 2023 07 05 123445Screenshot 2023 07 05 123454