Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Jabatan Pesuruhjaya Bangunan

08 Februari, 2023

  • Profil

    Jabatan Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 1 Julai 2011.

    Berdasarkan kepada Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyelenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) telah diwartakan pada 12 April 2007. Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke 57 pada 23 Mac 2007 telah bersetuju supaya Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melantik  Datuk Bandar bagi Pihak Berkuasa Tempatan sebagai Pesuruhjaya Bangunan. Selaras dengan itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Bangunan mulai 16 Mei 2007.

  • Objektif

    Untuk memastikan Pemaju, Pembeli/Pemilik Petak, Badan Pengurusan Bersama (JMB), Perbadanan Pengurusan (MC) dan Ejen Pengurusan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam pengurusan dan penyelenggaraan bangunan dan harta bersama dalam keadaan yang memuaskan sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)

  • Fungsi
    1. Mewujudkan, menyenggara dan mengemaskinikan maklumat pemajuan berstrata.

    2. Menyelaras pelaksanaan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)

    3. Memastikan pemaju mengadakan mesyuarat pertama penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC).

    4. Menguruskan pendaftaran dan pengeluaran sijil JMB.

    5. Menguruskan aduan berkenaan isu penyenggaraan dan pengurusan harta bersama.

    6. Memberi khidmat nasihat kepada pemaju/JMB/MC berkaitan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama.

    7. Memberi taklimat/penerangan berkaitan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan menghadiri mesyuarat agung tahunan JMB/MC.

  • Perkhidmatan Kami

    Pesuruhjaya Bangunan bertanggungjawab mengawal selia kesempurnaan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama yang dijalankan oleh pemaju, Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) dan Perbadanan Pengurusan atau Management Corporation (MC). Peranan utama Pesuruhjaya Bangunan (COB) ialah menguatkuasakan peruntukan undang-undang berpandukan kuasa yang diberikan oleh Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) telah diwartakan pada 12 Jun 2015 bagi Negeri Pulau Pinang

  • Piagam Pelanggan
    1. Memastikan pemaju memangil mesyuarat AGM pertama penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dalam tempoh 12 bulan selepas penyerahan pemilikan kosong.

    2. Mengeluarkan Sijil Perakuan penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dalam tempoh 2 minggu selepas permohonan lengkap diterima.

    3. Memastikan Badan Pengurusan (JMB/MC) memanggil Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dalam tempoh tidak melebihi 15 bulan dari tarikh mesyuarat sebelumnya.

    4. Memastikan Badan Pengurusan (JMB/MC) mengemukakan minit Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)/ laporan akaun yang diaudit dalam tempoh 28 hari selepas AGM diadakan.

    5. Memberikan pengesahan pengeluaran Sijil Perakuan penubuhan Perbadanan Pengurusan (MC) dalam tempoh 2 minggu selepas surat diterima daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

    6. Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.

    7. Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan

  • Carta Organisasi

    Sedang dikemaskini.

  • Direktori

    Nama

    Jawatan

    Telefon(Pejabat)

    Emel[at]mbpp[dot]gov[dot]my

    Nurul Azian Bt Mohd Nordin

    PENGARAH PESURUHJAYA BANGUNAN

    2592106

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Sr Nurul Akmar Bt Mustaffa

    Pegawai Penilaian

    2690024

    samb.3024

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Hayatul Syamila Bt Mohd Saleh

    Penolong Pegawai Penilaian (1)

    2690019

    samb.3019

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Normarzani Bt Marasik

    Penolong Akauntan

    samb.2425

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Jazmi Bin Jelaini

    Penolong Pegawai Tadbir

    samb.2423

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Marina Bt Mohamed Dahlan

    Pembantu Tadbir Kanan

    2690020

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Hubungi Kami
    Telefon

    04-259 2208

    Emel

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Alamat

    Jabatan Pesuruhjaya Bangunan

    Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Paras 11, KOMTAR, Jalan Penang, 10675 Pulau Pinang.

  • Dasar dan Garis Panduan
  • Muat Turun Borang
  • Perundangan
  • Penerbitan