Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Fungsi Majlis

31 Oktober, 2022
  1. Memberi perkhidmatan perbandaran kepada penduduk seperti perkhidmatan pungutan & pelupusan sampah & perkhidmatan pembersihan pantai, tandas awam, jalan & parit;

  2. Menyedia & menyelenggarakan kemudahan-kemudahan awam seperti perparitan, lampu, gegili, tandas awam, perhentian bas & lain-lain;

  3. Menyediakan kemudahan-kemudahan masyarakat seperti kompleks sukan, balai rakyat, pusat rekreasi, padang permainan, taman & kawasan lapang, pasar kompleks penjaja & tapak penjaja;

  4. Menyediakan infrastruktur & mengawal sistem lalu lintas bagi menggalakkan pertumbuhan industri, perdagangan & pelancongan;

  5. Menggerakkan penduduk ke arah kecemerlangan dalam aspek fizikal, kerohanian & pemikiran, melalui penyelenggaraan & pemeliharaan alam sekitar & ekologi;

  6. Menyediakan kemudahan kesihatan awam yang baik serta mewujudkan suasana yang indah & nyaman untuk mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat;

  7. Merancang & menggalakkan pembangunan kawasan Perbandaran yang sesuai dengan undang-undang & dasar-dasar pembangunan Negeri & Negara.