Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Unit Integriti

08 Februari, 2023

  • Profil

    Unit Integriti Majlis Bandaraya Pulau Pinang ditubuhkan dan mula beroperasi pada 1 Januari 2022. Penubuhan Unit Integriti di Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah selaras dengan keputusan Kerajaan menubuhkan Unit Integriti sebagai Focal Point kepada pengurusan isu-isu berkaitan Integriti di semua agensi awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 Penubuhan Unit Integriti Di Semua Agensi Awam yang berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2013.

  • Objektif
    1. Mewujudkan pentadbiran dan perkhidmatan cekap, berdisiplin serta mempunyai integriti melalui pembudayaan dan pengamalan nilai-nilai murni, bekerjasama, bersatu-padu, bermoral dan beretika; dan

    2. Mewujudkan sifat bertanggungjawab di kalangan warga Majlis serta mendorong perkembangan masyarakat yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.

  • Fungsi
    1. TADBIR URUS
      1. Memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan di samping menangani isu-isu integriti, terutamanya berkaitan perilaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam agensi.

      2. Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah Peringkat MBPP tiga (3) kali setahun.

      3. Pemantauan Pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) berdasarkan risiko dan inisiatif.

      4. Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti ISO MS 37001:2016 Anti Bribery Management System (Sistem Pengurusan Anti Rasuah).

    1. PENGUKUHAN INTEGRITI

      1. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam agensi.
    1. PENGESANAN DAN PENGESAHAN

      1. Pengesanan dan pengesahan terhadap aduan salah laku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi yang diterima dan seterusnya memastikan tindakan susulan sewajarnya diambil.
    1. PENGURUSAN ADUAN

      1. Penerimaan Maklumat / aduan mengenai salah laku jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta pelanggaran tatakelakuan dan etika agensi bagi memastikan tindakan diambil ke atas setiap maklumat / aduan.

    2. PEMATUHAN

      1. Pemantauan ke atas pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa adalah perlu di setiap agensi awam bagi memastikan tiada ruang dan peluang untuk pegawai dan kakitangan melakukan kesalahan dari segi jenayah mahupun tatakelakuan dan etika.

    3. TATATERTIB

      1. Melaksanakan fungsi urus setia Pihak Berkuasa Tatatertib berdasarkan Kaedah-Kaedah Pekerja (Tatakelakuan dan Tatatertib) Majlis Perbandaran Pulau Pinang 2000 dan kerja-kerja pengurusan tatatertib.
  • Perkhidmatan Kami
    1. Memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan di samping menangani isu-isu integriti, terutamanya berkaitan perilaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam agensi.
    1. Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah Peringkat MBPP tiga (3) kali setahun.
    1. Pemantauan Pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) berdasarkan risiko dan inisiatif.
    1. Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti ISO MS 37001:2016 Anti Bribery Management System (Sistem Pengurusan Anti Rasuah).
    1. Mempromosikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam agensi.
    1. Pengesanan dan pengesahan terhadap aduan salah laku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi yang diterima dan seterusnya memastikan tindakan susulan sewajarnya diambil.
    1. Penerimaan Maklumat / aduan mengenai salah laku jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta pelanggaran tatakelakuan dan etika agensi bagi memastikan tindakan diambil ke atas setiap maklumat / aduan.
    1. Pemantauan ke atas pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa adalah perlu di setiap agensi awam bagi memastikan tiada ruang dan peluang untuk pegawai dan kakitangan melakukan kesalahan dari segi jenayah mahupun tatakelakuan dan etika.
    1. Melaksanakan fungsi urus setia Pihak Berkuasa Tatatertib berdasarkan Kaedah-Kaedah Pekerja (Tatakelakuan dan Tatatertib) Majlis Perbandaran Pulau Pinang 2000 dan kerja-kerja pengurusan tatatertib.
  • Piagam Pelanggan
    1. Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

    2. Memastikan warga baru dan pelatih industri melakukan ikrar dan tandatangan semasa lapor diri bagi perkara berikut ;
      1. Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
      2. Surat Aku Janji
      3. Akta Rahsia Rasmi

    3. Semakan Keberhutangan Serius warga MBPP dilaksanakan secara berkala.

    4. Memastikan Mesyuarat  Jawatankuasa Anti Rasuah dan Mesyuarat Pihakberkuasa Tatatertib dilaksanakan seperti yang dijadualkan
  • Carta Organisasi

    carta integriti

  • Direktori

    Nama

    Jawatan

    Telefon(Pejabat)

    E-mel[at]mbpp.gov.my

    Rafat Bin Abdullah

    Ketua Unit Integriti

    04-259 2137

    rafat

    Nur Amira Binti Tanwir

    Penolong Pegawai Tadbir

    04-259 2275

    amira

    Mohamad Syafiq Bin Uzir

    Pembantu Tadbir Kanan

    04-259 2275

    mohamadsyafiq

  • Hubungi Kami
    Telefon       

    -

    Emel

    integriti[at]mbpp[dot]gov[dot]my

    Alamat

    Unit Integriti, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Tingkat 17, Komtar, Jalan Penang, 10675, Pulau Pinang.

  • Dasar dan Garis Panduan
  • Muat Turun Borang
  • Perundangan
  • Penerbitan