Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Jabatan Kesihatan Persekitaran

08 Februari, 2023

  • Profil

    Jabatan Kesihatan telah dibuat penstrukturan semula pada tahun 1903 selepas Pulau Pinang menghadapi masalah kesihatan awam yang serius. Seorang Deputy Health Officer telah dilantik pada 1905 untuk menerajui Jabatan Kesihatan (Municipal Health Department). Ia telah diperluaskan pada tahun 1975 setelah Majlis Perbandaran Pulau Pinang ditubuhkan, iaitu satu gabungan City Council of George Town dengan Majlis Daerah Luar Bandar.

    Pada tahun 1993, Jabatan Kesihatan Awam ditubuhkan berikutan susunan semula Jabatan Kesihatan yang dahulu di mana semua aspek pelesenan berhubung dengan kegiatan perdagangan dan perniagaan dipindahkan ke Jabatan Pelesenan yang baru manakala semua aspek berhubung dengan perkhidmatan perbandaran telah dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Perbandaran pada tahun 1992.

    Melalui satu penstrukturan semula yang dibuat pada tahun 2005, ketiga-tiga Jabatan yang tersebut di atas digabungkan semula dengan penubuhan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Kesihatan Awam dan Pelesenan. Bahagian Kesihatan Awam menjadi salah satu daripada 3 bahagian di bawah Jabatan berfungsi sehingga 1 April 2015.

    Setelah Majlis diiktiraf sebagai Majlis Bandaraya pada 2015, Bahagian Perkhidmatan Perbandaran telah dinaikkan taraf menjadi Jabatan Perkhidmatan Perbandaran. Bahagian Kesihatan Awam dan Bahagian Pelesenan masih digabungkan dan berfungsi sebagai Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan. Jabatan Pelesenan telah menjadi Jabatan mulai 1 Sepember 2021.

    Jabatan Kesihatan Persekitaran terdiri daripada 4 unit utama iaitu:-

    • Unit Pentadbiran

    • Unit Perubatan / Klinik

    • Unit Kesihatan Persekitaran

    • Unit Veterinar

  • Objektif
    1. Untuk mengurangkan kepada tahap yang minimum kadar morbiditi (kejadian) dan mortaliti (kematian) akibat penyakit berjangkit serta meningkatkan taraf kesihatan masyarakat melalui program-program kesihatan persekitaran.

    2. Memastikan keselamatan makanan melalui kawalan kualiti makanan serta pemantauan proses penyembelihan dan bekalan daging.

  • Fungsi
    1. Mengenalpasti dan mengambil langkah pencegahan dan kawalan vektor pembawa penyakit berjangkit, pests dan sebagainya.

    2. Menyelaras kerja-kerja kesihatan persekitaran berhubung dengan wabak.

    3. Bekerjasama dengan agensi tertentu untuk memastikan jualan makanan mematuhi mutu piawaian.

    4. Mengurus pelaksanaan program-program  Promosi Kesihatan Persekitaran.

    5. Memberi perkhidmatan untuk penyembelihan lembu/kerbau/kambing/bebiri.

    6. Mengawal populasi kawalan anjing liar dan terbiar.

    7. Menguatkuasakan pelesenan anjing.

    8. Memberikan perkhidmatan suntikan anti tifoid kepada pengendali makanan.

  • Perkhidmatan Kami

    Pendidikan Kesihatan Awam

    Objektif
    • Memberi kefahaman dan kesedaran kepada murid-murid sekolah rendah mengenai kebersihan alam sekitar dan penyakit-penyakit berjangkit.

    • Berusaha mengubah sikap murid-murid sekolah rendah ke arah nilai-nilai positif kesihatan awam supaya kehidupan masyarakat lebih ceria dan sihat.

    • Memupuk kesedaran di kalangan murid-murid sekolah rendah ke arah makanan selamat.

    Aktiviti-Aktiviti
    1. Memberi ceramah kesihatan dan kebersihan kepada murid-murid sekolah rendah mengenai 5 tajuk utama:

      1. Kebersihan diri.

      2. Keracunan makanan.

      3. Makanan seimbang.

      4. Tabiat Sihat.

      5. Penyakit-Penyakit Berjangkit.

    2. Menyediakan bahan-bahan ceramah dan pameran dari semasa ke semasa.

    3. Menganjur pameran untuk murid-murid sekolah rendah.

    4. Menganalisa dan membuat kajian maklum-balas daripada murid-murid sekolah rendah terhadap keberkesanan ceramah-ceramah yang telah diberi.

    5. Menyediakan dan membincangkan soalan-soalan bertulis kepada murid-murid sekolah rendah mengenai 5 tajuk utama.

    Ceramah Dan Pameran Kesihatan Kepada Penuntut Pra-sekolah Dan Sekolah Rendah
    1. Memberi kefahaman dan kesedaran kepada murid pra sekolah dan sekolah rendah mengenai kebersihan alam sekitar dan penyakit berjangkit.

    2. Berusaha mengubah sikap murid pra sekolah dan sekolah rendah kearah nilai positif kesihatan awam supaya kehidupan masyarakat lebih ceria dan sihat.

    3. Memupuk kesedaran di kalangan murid-murid pra sekolah dan sekolah rendah ke arah makanan selamat.

    Taklimat Keselamatan Makanan untuk Pengendali Makanan
    1. Memastikan pengendali makananan yang telah disuntik wajib menonton video taklimat pengenadali makanan melalui scan kod QR dan mendapatkan kad pengendali makanan pada masa itu.

    Kawalan Makhluk Perosak

    a. Kawalan Pembiakan Nyamuk

    1. Dalam usaha untuk mengurangkan punca-punca pembiakan dan perlindungan nyamuk, Majlis ini telah mempergiatkan tindakan-tindakan berikut:

      1. Kajian jentik-jentik dari rumah ke rumah.

      2. Membersihkan tanah-tanah lapang yang terbiar, sungai serta parit tanah daripada semak samun.

      3. Mengkompaun pemilik-pemilik dan penghuni-penghuni bangunan, tanah lapang atau tempat swasta yang didapati pembiakan nyamuk.

      4. Mengkompaun pemaju atau pengusaha-pengusaha projek pembinaan yang didapati pembiakan nyamuk.

      5. Menyembur tempat-tempat penakungan air, termasuk parit awam bagi membunuh jentik-jentik nyamuk dan mencegah pembiakan.

    2. Di samping itu usaha-usaha bagi kawalan jangkitan demam denggi juga telah dipertingkatkan melalui tindakan-tindakan pengasapan dan pendidikan kesihatan.

    b. Kawalan Gagak

    Bagi mengurangkan populasi gagak di kawasan bandar, pengawasan ke atas 35 buah perangkap-perangkap gagak yang ada telah dipertingkatkan. Perangkap gagak juga telah di tukar lokasi ke kawasan-kawasan yang tinggi bilangan gagak termasuk ke kawasan luar bandar. Di samping itu, Jabatan juga mengadakan Kempen Menembak Gagak dari semasa ke semasa dengan kerjasama daripada pihak Kelab Menembak Pulau Pinang.

    c. Kawalan Rodensa

    Pemusnahan tikus dengan kaedah-kaedah yang tertentu termasuk pemasangan perangkap, pengasapan dan meracun diteruskan khasnya di tempat-tempat yang berpopulasi tinggi bagi tikus.

    Kawalan Anjing Liar & Terbiar

    Menjalankan aktiviti kawalan anjing liar dan terbiar berdasarkan Tatacara Operasi Piawai (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

    Pengurusan Lesen Anjing

    Pemprosesan pengeluaran, pembaharuan dan pengawalan lesen anjing.

    Suntikan Anti-Tifoid
    1. Suntikan Anti-Tifoid ini diberikan kepada pengendali makanan di Klinik MBPP, Tingkat 4, KOMTAR dengan caj bayaran untuk warga tempatan sebanyak RM55.00 seorang dan untuk warga asing sebanyak RM85.00 seorang.

    2. Pengendali makanan boleh buat temujanji dalam sistem uLesen di pautan https://ulesen.mbpp.gov.my/ atau walk-in ke klinik MBPP untuk mendapatkan suntikan Anti-Tifoid.

    Taklimat Keselamatan Makanan untuk Pengendali Makanan

    1. Memastikan pengendali makananan yang telah disuntik wajib menonton video taklimat pengendali makanan melalui scan kod QR dan mendapatkan kad pengendali makanan pada masa itu.

    Contoh Caj Untuk Pembersihan Tanah Kosong/ Tanah Lapang

    PERKARA ASAS AMAUN (RM)

    Tenaga Kerja


    Contoh :

     (Jumlah Hari) x ( Jumlah Pekerja) x ( Caj Tenaga Kerja/ hari)
    Jika 3 hari diperlukan untuk menebus semak samun di suatu tanah kosong:

    2 hari x 7 pekerja x RM 132.40
    1 hari x 6 pekerja x RM 132.40



    1853.60
    794.40

     

    Bahan Kimia

    Contoh :
    Harga jumlah kimia yang digunakan ( jika ada)
    Jika 5 liter petrol digunakan untuk menggerak mesin brush cutter:
    5 liter x RM 1.80
    Jika 0.5 liter Round-Up disembur:
    0.5 liter x RM 15.40


    9.00

    7.70
    Caj Pengelolaan

    Contoh :
    30% atas jumlah caj tenaga kerja + harga bahan kimia
    30% x ( RM 1853.60 + RM 794.40 +RM 9.00 + RM 7.70)
    = 30% x RM 2664.70


    799.40
    Jumlah Caj Jumlah Caj Tenaga Kerja + Harga Bahan Kimia + Caj Pengelolaan 3464.10
    (contoh)
  • Piagam Pelanggan
    1. Tindakan-tindakan untuk tujuan pengawalan dan pencegahan penyakit yang berkesan akan dijalankan lima (5) hari seminggu.

    2. Tindakan-tindakan untuk tujuan kawalan wabak akan digerakan dalam tempoh dua puluh (24) jam apabila dilanda wabak.

    3. Tindakan pemeriksaan untuk tujuan pengawalan kebersihan premis makanan akan dijalankan tiga puluh (30) premis sebulan.

    4. Memupuk kesedaran dan mengubah sikap masyarakat ke arah nilai-nilai positif terhadap kesihatan awam melalui ceramah sebanyak dua puluh (20) kali sebulan dan pameran sebanyak dua (2) kali sebulan.

    5. Semua proses penyembelihan haiwan dan pemeriksaan daging di Rumah Sembelih Majlis akan dijalankan dalam tempoh dua (2) jam.

    6. Ulasan/pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari.

    7. Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.

    8. Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

  • Carta Organisasi

    carta jbtn kesihatan MBPP page 0001

  • Direktori
    Nama Jawatan Telefon (Pejabat) Emel [at]mbpp.gov.my
    Dr Judy Shoba a/p Robert Rajah Pengarah Kesihatan Persekitaran 259 2020
    259 2281
    judyshoba
    Dr Chin Wee Loon Timbalan Pengarah Kesihatan Persekitaran 259 2062 chinweeloon 
    Haslinda bt Shukor Pembantu Setiausaha Pejabat 259 2268 kesihatan
    Norida Idrus Shahadat Penolong Pegawai Tadbir 259 2252 noridaidrus
    Dr Bhavytira a/p Prem Anand Pegawai Perubatan 259 2063 bhavytira
    Nancy Cheah Poh Gaik Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran 259 2274 nancycpg
    Noranrohaiza binti Abd. Ghani Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan 259 2288 noranrohaiza
    Paandiyan a/l Chanderan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan 259 2284 paandiyan
    Rafi Sharma bin Mohd Nor Manoharan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran 259 2282 rafi
    Mohd Hasrul Azizi bin Mat Yusof Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran 259 2282 hasrulazizi
    Khartik Kumar a/l Veloo Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran 259 2282 khartikkumar
    Muhammad Naim bin Zaini Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran 259 2282 naim
    Nur Awanis bt Othman Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran 259 2282 awanis
    Dr Khoo Siew Farn Pegawai Perubatan 259 2289 khoosiewfarn
    Ghandi Mathi a/p Murugiah Ketua Jururawat 259 2278 ghandi
    Dr Tan Suan Heoh Pegawai Veterinar 281 1024 tansuanheoh
    Wan Mohd Arif Hakimi bin Wan Mohd Deraman Penolong Pegawai Veterinar Kanan 281 1146 wanmohamad
    Ross Nursyazana bt Rossley Penolong Pegawai Veterinar 281 0850 syazana
    Sufiyan bin Mhd Yusof Penolong Pegawai Veterinar 281 0850 sufiyan
  • Hubungi Kami
    Telefon

    04-259 2189

    Emel

    kesihatan[at]mbpp[dot]gov[dot]my

    Alamat

    Jabatan Kesihatan Persekitaran, Tingkat 4, KOMTAR, 10675 Pulau Pinang.

  • Dasar dan Garis Panduan
  • Muat Turun Borang
  • Perundangan
  • Penerbitan