Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Jabatan Pelesenan

08 Februari, 2023

  • Profil

    Pada tahun 2015, Bahagian Kesihatan Awam dan Bahagian Pelesenan digabungkan dan berfungsi sebagai Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan. Walau bagaimanapun, mulai 1 Sepember 2021 Bahagian Pelesenan telah dikenali sebagai Jabatan Pelesenan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

  • Objektif
    1. Pengeluaran lesen untuk perniagaan dan pengiklanan

    2. Merancang dan menyediakan kemudahan pasar, kompleks makanan di tapak penjaja dan juga memastikan penyediaan dan pengendalian makanan adalah mematuhi amalan kebersihan
  • Fungsi
    1. Pemprosesan Pengeluaran, Pembaharuan dan Pengawalan Lesen Tred & Establisymen Makanan, Perniagaan Industri, Lesen Iklan, Garaj, Aktiviti Hiburan Awam, Lesen Kenderaan Tanpa Motor, Lesen Penjaja dan juga mengeluarkan Lesen Minuman Keras bagi Pihak Kerajaan Negeri.

    2. Pelaksanaan perancangan dan kawalan / penyelenggaraan ke atas Pasar, Kompleks Penjaja, Tapak Penjaja Sementara dan Pasar Malam.

  • Perkhidmatan Kami

    Melaksanakan kawalan perniagaan di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

    UNIT LESEN

    1. UNIT PENTADBIRAN AM
      1. Menjalankan pengurusan fail, surat-menyurat, pengurusan aduan, penyelarsan am dan sebagainya.

      2. Mengurus semua hal berkaitan sumber manusia seperti menyedia perjawatan, urus pengesahan dalam jawatan / perlanjutan tempoh percubaan, memantau kehadiran staf dan pengambilan cuti, pengurusan kertas pencen dan peraturan kerja.

      3. Menjaga bekalan stok kegunaan pejabat dan kelengkapan pejabat.

    2. UNIT KEWANGAN
      1. Unit ini bertanggungjwab ke atas pengurusan bajet tahunan, pengawalan peruntukan, bayaran gaji, mengurus bayaran tuntutan staf, mengurus pembayaran bil-bil perbelanjaan jabatan, penyediaan bil-bil lessen untuk bayaran orang awam, mencetak lessen dan permit sementara dan juga mengurus kaunter pertanyaan.

    3. UNIT PEMPROSESAN LESEN
      1. Pendaftaran& prosesan permohonan lesen baru, pengurusan pembaharuan lesen termasuk lesen minuman keras bagi pihak kerajaan negeri dan prosesan permohonan pindah milik

      2. Pengurusan Mesyuarat CLIP dan pengurusan ulasan teknikal terhadap Permohonan Lesen Tred dan tukar milik.

      3. Penyediaan kertas kerja permohonan lesen untuk pembentangan di Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam.

      4. Menjaga fail-fail permohonan lesen tred, mengeluar surat keputusan, mengemaskini rekod di system dan menjaga statistic KPI Pelesenan.

    UNIT IKLAN TEMPAT HIBURAN AWAM DAN AKTIVITI LANCANG AIR , GARAJ
    1. Pengenaan syarat-syarat pelesenan bagi permohonan lesen dan melaksanakan pengeluaran dan pembaharuan lesen Iklan, Garaj dan Aktiviti Tempat Hiburan Awam.

    2. Mengambil tindakan terhadap Iklan, Garaj, Aktiviti Lancang Air dan Tempat Hiburan Awam yang haram atau tanpa kebenaran Majlis.

    3. Menyediakan kertas kerja bersama-sama gambar pembentangan di Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam.

    UNIT KESIHATAN

    1. UNIT TRED, INDUSTRI & ESTABLISYMEN MAKANAN (TIEM)
      1. Melaksanakan pemeriksaan terhadap undang-undang permis-premis Tred, Perniagaan Industri, Establisymen Makanan, Rumah Urut, Hotel, Garaj, Tempat Letak Kereta Persendirian, Permit Pengusaha Barang Lusuh, Kandang Ternakan.

      2. Menyediakan syarat-syarat kesihatan untuk pemohonan dan pembaharuan lesen.

      3. Melaksanakan program Pendidikan Kesihatan, Ceramah dan Latihan kepada Pengusaha, Pengendali Makanan dan kakitangan mereka.

    2. UNIT PERNIAGAAN KECIL

      1. PENJAJA, GERAI DAN PASAR MALAM

        1. Memproses, meluluskan permohonan baru / pindah milik, mengeluar dan memperbaharui lesen penjaja, gerai dan pasar malam serta permohonan pekerja yang diberi kuasa.

        2. Memeriksa penjaja dan penggerai bagi memastikan pematuhan amalan-amalan pengendalian makanan dan penyelenggaraan struktur gerai.

        3. Melaksanakan program penempatan semula penjaja dengan mewujudkan tapak penjaja sementara dan kompleks bagi mengawal dan mengatur aktiviti penjajaan secara statik tanpa lesen.

        4. Memproses, meluluskan permohonan baru penganjuran Pasar Malam/ Pasar Pagi/ Pasar Minggu/ Pasar Tani / Pasar Ramadhan dari penganjur yang dibenarkan sahaja seperti MPKK atau Persatuan Penduduk.

        5. Setakat tahun 2020 (Jun), terdapat sebanyak …….. Pasar Malam/ Pasar Pagi/ Pasar Minggu/ Pasar Tani.

      2. PASAR, KOMPLEKS DAN TAPAK PENJAJA SEMENTARA
        1. Memproses dan menguruskan temuduga untuk mengisi kekosongan dan memperakukan permohonan pindahmilik Gerai, Pasar, Kompleks dan Tapak Penjaja Sementara.

        2. Menjalankan pemeriksaan bagi memastikan semua penggerai Gerai, Pasar, Kompleks dan Tapak Penjaja Sementara yang mengendali makanan dan menerima pelalian anti-tyfoid dan mengahadiri ceramah pendidikan kesihatan.

        3. Menjalankan tindakan kompaun, tindakan merampas dan tindakan perundangan terhadap penggerai di Gerai, Pasar, Kompleks dan Tapak Penjaja Sementara yang melanggar syarat atau menduduki tanpa kebenaran.

        4. Merancang dan memohon peruntukan bagi pembinaan, penyelenggaraan dan menaiktaraf Pasar, Kompleks dan Tapak Penjaja Sementara.

    3. UNIT TINDAKAN KHAS

      1. Bidang tugas bahagian ini adalah penguatkuasaan. Kes-kes yang telah dilulus untuk tindakan rampasan dan / atau perobohan akan dirujuk kepada bahagian ini dan operasi bersepadu bersama Jabatan Penguatkuasaan dan jabatan lain akan dijalankan.

  • Piagam Pelanggan
    1. Permohonan lesen Establisymen Makanan, Iklan Tempat Hiburan Awam, Garaj, Tred, Perniagaan dan Perindustrian diputuskan dalam tempoh empat (4) minggu.

    2. Permohonan lesen gerai sementara / gerai bermusim diluluskan dan lesen dikeluarkan.

    3. Permohonan lesen sementara ‘banner/streamers’ diputuskan dalam tempoh empat (4) hari bekerja dan lesen dikeluarkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

    4. Ulasan/pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari

    5. Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.

    6. Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

  • Carta Organisasi

    Carta Organisasi

  • Direktori

    Nama

    Jawatan

    Telefon(Pejabat)

    Emel[at]mbpp[dot]gov[dot]my

    -

    Pengarah Pelesenan

    2638818 samb 108

    -

    Bawani a/p Murugasan

    Pegawai Kesihatan Persekitaran

    2638818 samb 302

    bawani

    Intan bt Amran Chew

    Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

    2638818 samb 307

    intan

    Mohamad Badri bin Zakaria

    Penolong Jurutera Kanan

    2638818 samb 501

    mbadri

    Ruddy bin Kamis

    Penolong Pegawai Tadbir Kanan

    2638818 samb 509

    ruddy

    Razali bin Embee@ Othman

    Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan

    2638818 samb 202

    razali

    Amalina Nabilah bt Ghazali

    Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan

    2638818 samb 201

    amalina

    Rohaydaa bt Ali

    Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan

    2638818 samb 511

    rohaydaa

    Mazni bt Suaib

    Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan

    2638818 samb 308

    maznisuaib

    Muhammad Ammar bin Hashim

    Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan

    2638818 samb 309

    ammar

    Ahmad Zamani bin Hj Ismail

    Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan

    2638818 samb 106

    ahmadzamani

    Fazeelah binti Mohd Ismail

    Pembantu Tadbir Kanan (Pentadbiran)

    2638818 samb 403

    fazeelah

    Mohamed Azmi bin A.Appas Ali

    Pembantu Tadbir Kanan (Lesen)

    2638818 samb 208

    mohamedazmi

    Nurul Nadia binti Adnan

    Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan)

    2638818 samb 105

    nadia

  • Hubungi Kami
    Telefon

    04-263 8818

    Emel

    pelesenan[at]mbpp[dot]gov[dot]my

    Alamat

    Jabatan Pelesenan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Dewan Bandaraya, Jalan Padang Kota Lama, 10200 Pulau Pinang

  • Dasar dan Garis Panduan
  • Muat Turun Borang
  • Perundangan
  • Penerbitan