Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Piagam Pelanggan

31 Oktober, 2022

  • Jabatan Khidmat Pengurusan

    Bil.

    Piagam/Standard

     

    1.

    Permohonan yang lengkap yang diterima dari Jabatan berhubung pengesahan dalam perkhidmatan kakitangan akan diproses dalam tempoh empat belas (14) hari.

     

    2.

    Temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan akan dilaksanakan sekurang-kurangnya 80% proses pengisian dibuat dalam tempoh 3 hingga maksimum 4 bulan daripada tarikh kelulusan pengisian.

     

    3.

    Permohonan untuk permit mengeluarkan barang-barang lusuh dari kawasan perindustrian   akan dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh permohonan.

    • Permohonan Baru
    • Memperbaharui
     

    4.

    Permohonan untuk pas zon perindustrian bebas FIZ dikeluarkan dalam tempoh satu (1) hari dari tarikh permohonan.

    • Permohonan Baru
    • Memperbaharui

     

    5.

    Tindakan penyelenggaraan dan pembaikan peralatan ICT yang ditetapkan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan aduan.

     

    6.

    Memproses dan meluluskan permohonan untuk mengikuti latihan/kursus/seminar/ konvensyen di dalam dan luar negeri dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.

    • Dalam Negeri

              - Kursus Anjuran Pihak Luar

              - Kursus Dalaman

    • Luar Negeri

     

    7.

    Mengurus dan menyelaras Mesyuarat Biasa Majlis sekurang-kurangnya diadakan satu (1) kali sebulan serta menyediakan minit mesyuarat dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikh mesyuarat berkenaan diadakan.

     

    8.

    Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.

     

    9.

    Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

     

  • Jabatan Perbendaharaan

    Bil.

    Piagam/Standard

     

    1.

    Bil-bil cukai taksiran disediakan dan disampaikan melalui pos kepada setiap pembayar cukai taksiran dua (2) kali setahun iaitu, sebelum 10 Januari dan 10 Julai.

     

    2.

    Notis Cukai Taksiran disediakan dan disampaikan melalui pos kepada setiap pembayar cukai taksiran dua (2) kali setahun, iaitu sebelum 10 April bagi pembayaran untuk Februari dan 10 Oktober bagi pembayaran untuk Ogos.

     

    3.

    Purata masa menunggu di kaunter pembayaran untuk per transaksi per bil adalah dihadkan selama dua puluh (20) minit bagi masa sibuk dan sepuluh (10) minit bagi masa kurang sibuk.

     

    4.

    Bayaran kepada pembekal dan kontraktor Majlis akan diproses dan bayaran melalui EFT akan disiap dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh sesuatu invois diterima dengan lengkap dari jabatan untuk pembayaran.

     

    5.

    Laporan Pemeriksaan ke atas bilangan petak kereta dan papan tanda Waktu Kawalan di tempat letak kereta akan disediakan setiap minggu.

     

    6.

    Penyediaan Akaun Tahunan dimuktamadkan pada bulan Mac tahun berikut.

     

    7.

    Pinjaman kenderaan dan komputer kakitangan akan diproses dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan sekiranya permohonan lengkap diterima.

     

    8. Menyediakan bayaran dalam tempoh empat belas (14) hari.  

    9.

    Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

     

  • Jabatan Kesihatan Persekitaran

    Bil.

    Piagam/Standard

     

    1.

    Tindakan-tindakan untuk tujuan pengawalan dan pencegahan penyakit yang berkesan akan dijalankan lima (5) hari seminggu.

     

    2.

    Tindakan-tindakan untuk tujuan kawalan wabak akan digerakkan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam apabila dilandai wabak.

     

    3.

    Tindakan pemeriksaan untuk tujuan pengawalan kebersihan premis makanan akan dijalankan tiga puluh (30) premis sebulan.

     

    4.

    Memupuk kesedaran dan mengubah sikap masyarakat ke arah nilai-nilai positif terhadap kesihatan awam melalui:

    • ceramah sebanyak dua puluh (20) kali sebulan.
    • pameran sebanyak dua (2) kali sebulan.

     

    5.

    Semua proses penyembelihan haiwan di Rumah Sembelih Majlis akan dijalankan dalam tempoh dua (2) jam.

    1. Khinzir
    2. Lembu
    3. Kambing

     

    6.

    Ulasan/pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari.

     

    7.

    Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikan kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh peneriman invois.

     

    8.

    Aduan yang diterima

    i. Tindakan diambil dalam tempoh dua (2) hari bekerja

    ii. Jawapan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

     

  • Jabatan Pelesenan

    Bil.

    Piagam/Standard

     

    1.

    Permohonan lesen Establisymen Makanan, Iklan Tempat Hiburan Awam, Garaj, Tred, Perniagaan dan Perindustrian diputuskan dalam tempoh empat (4) minggu.

     

    2.

    Permohonan lesen gerai sementara/gerai bermusim diluluskan dan lesen dikeluarkan.

     

    3.

    Permohonan lesen sementara ”banner/streamers” diputuskan dalam tempoh empat (4) hari bekerja dan lesen dikeluarkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

     

    4.

    Permohonan lesen anjing dikeluarkan dengan serta-merta.

     

    5.

    Ulasan/pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari.

     

    6.

    Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.

     

    7.

    Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

     

  • Jabatan Perkhidmatan Perbandaran

    Bil.

    Piagam/Standard

     

    1.

    Aduan mengenai sampah yang tidak dikutip pada hari pungutan akan diambil tindakan dalam tempoh 24 jam.

     

    2.

    Aduan mengenai parit tersumbat dan kekotoran jalan akan diambil tindakan pemulihan dalam tempoh 48 jam.

     

    3.

    Semua sisa pepejal dikutip dan diangkat mengikut jadual iaitu:-

     

     

    i.  Setiap kali premis komersial

     

     

    ii.  3 kali seminggu untuk premis kediaman

     

    4.

    Semua parit dan jalan dibersihkan mengikut jadual iaitu:-

     

     

    i.  setiap kali untuk jalan utama dan

     

     

    ii.  3 kali seminggu untuk jalan sekunder

     

    5.

    Membersihkan tandas awam kepunyaan M.B.P.P sekurang-kurangnya sekali sehari.

     

    6.

    Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh 7 hari dari tarikh peneriman invois.

     

    7.

    Semua aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

     

  • Jabatan Kawalan Bangunan

    Bil.

    Piagam/Standard

     

    1.

    Permohonan Pelan Bangunan akan diproses dalam tempoh tiga puluh tujuh (37) hari

     

    2.

    Permohonan Pelan-pelan Pembaharuan akan diproses dan keputusan akan diberi dalam tempoh enam (6) bulan.

     

    3.

    Permohonan Kebenaran Memulakan Kerja akan diproses dengan serta-merta dan keputusan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

     

    4.

    Ulasan untuk Permohonan Merancang bagi tujuan menukar kegunaan bangunan akan diberikan dalam tempoh empat belas (14) hari

     

    5.

    Permohonan pelan permit yang diterima akan diproses dan diputuskan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

     

    6.

    Permohonan permit membaiki bangunan akan diproses dan diputuskan dalam tempoh tujuh (7) hari.

     

    7.

    Ulasan/Pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat puluh (40) hari bekerja.

    • Kebenaran Merancang

     

     

    Ulasan/Pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat puluh (40) hari bekerja.

    • Pecah Sempadan

     

    8.

    Ulasan/Pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari.

    • Kebenaran Merancang

     

     

    Ulasan/Pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari.

    • Pecah Sempadan
     

    9.

    Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.

     

    10.

    Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

     

  • Jabatan Kejuruteraan

    Bil.

    Piagam/Standard

     

    1.

    Permohonan bagi pelan-pelan Kejuruteraan yang melibatkan Pelan Parit dan Jalan, Pelan Lampu Jalan, Pelan Kerja Tanah akan diputuskan dalam tempoh tidak melebihi lapan puluh (80) hari dengan syarat semua dokumen dikemukakan dengan lengkap dan teratur dan mematuhi syarat-syarat Majlis.

    • Pelan Parit dan Jalan
    • Pelan Lampu Jalan
    • Pelan Kerja Tanah

     

    2.

    Perakuan bagi Sijil Kelayakan Menduduki akan dibuat dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.

     

    3.

    Kelulusan bagi permohonan Permit Menggali Jalan akan dikeluarkan dalam tempoh masa tujuh (7) hari tertakluk kepada semua syarat-syarat Jabatan dipatuhi.

     

    4.

    Ulasan/pandangan teknikal bagi Permohonan Kebenaran Merancang dan Pecah Sempadan dikemukakan dalam tempoh empat puluh (40) hari.

    • Permohonan Kebenaran Merancang
    • Pecah Sempadan

     

    5.

    Ulasan/pandangan teknikal bagi Permohonan Pelan Bangunan dikemukakan dalam tempoh empat puluh (40) hari bagi permohonan secara serentak dan tujuh (7) hari bagi permohonan biasa.

     

    6.

    Ulasan/pandangan teknikal bagi Permohonan Kerja Cerucuk dan Tukarguna Bangunan dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari.

    • Permohonan Kerja Cerucuk
    • Tukarguna Bangunan

     

    7.

    Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.

     

    8.

    Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

     

  • Jabatan Perancangan Pembangunan

    Bil.

    Piagam/Standard

     

    1.

    Permohonan Kebenaran Merancang samada secara serentak/berasingan akan diproses dan diputuskan dalam tempoh (158) hari.

     

      Permohonan Kebenaran Merancang samada secara serentak/berasingan akan diproses dan diputuskan dalam tempoh (77) hari. - ILCS  

    2.

    Permohonan untuk kelulusan Pelan Pecah Sempadan, Penyerahan dan Pemberimilikan Semula diproses dan diputuskan dalam tempoh dua (2) bulan.

     

      Permohonan untuk kelulusan Pelan Pecah Sempadan, Penyerahan dan Pemberimilikan Semula diproses dan diputuskan dalam tempoh (56) hari. - ILCS  

    3.

    Permohonan Perlanjutan Permohonan Merancang hendaklah dipertimbangkan dan keputusan dikeluarkan dalam tempoh 2 bulan.

     

      Permohonan Perlanjutan Permohonan Merancang hendaklah dipertimbangkan dan keputusan dikeluarkan dalam tempoh (33) hari. - ILCS  

    4.

    Ulasan/pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat puluh (40) hari.

     

      Ulasan/pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh tiga puluh (30) hari. - ILCS  

    5.

    Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.

     

    6.

    Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

     

  • Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

    Bil.

    Piagam/Standard

     

    1.

    Semua harta akan siap ditaksirkan dari tarikh penerimaan notis OC/OCC dalam tempoh lima (5) bulan.

     

    2.

    Semua permohonan penukaran pemilikan akan diputuskan dalam tempoh dua (2) minggu.

     

    3.

    Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam tempoh tujuh (7) hari.

     

    4.

    Semua permohonan untuk membuat pembetulan dalam senarai nilaian akan diputuskan dalam tempoh tujuh (7) hari.

     

    5.

    Permohonan penyewaan hartanah Majlis diputuskan dalam tempoh satu (1) bulan.

     

    6.

    Ulasan/pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari.

     

    7.

    Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.

     

    8.

    Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

     

  • Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti

    Bil.

    Piagam/Standard

     

    1.

    Mengadakan mesyuarat koordinasi tempahan satu kali (1) dalam sebulan untuk memastikan aktiviti-aktiviti di balai-balai rakyat, padang-padang awam, taman-taman awam & rekreasi, dan Stadium Bandaraya berjalan dengan lancar di samping mengadakan program komuniti satu kali dalam sebulan.

     

    2.

    Menghidupkan suasana taman melalui aktiviti-aktiviti rekreasi di Taman Perbandaran setiap minggu seperti senamrobik, taichi, memanah, ’line dance’, ’ballroom dancing’ dan zianggong sehingga 84 kali sebulan.

     

    3.

    Permohonan bagi tempahan balai-balai rakyat, padang-padang awam, taman-taman awam dan rekreasi, dan Stadium Bandaraya akan diputuskan serta-merta dan permohonan secara surat-menyurat akan dijawab dalam tempoh masa satu (1) minggu hingga dua (2) minggu.

     

    4.

    Menyelenggara taman-taman awam dan rekreasi setiap hari.

     

    5.

    Menyelenggara padang bola sepak Stadium Bandaraya Pulau Pinang supaya memenuhi ’standard piawaian’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk perlawanan Liga Super dan Liga Premier dengan memotong rumput dan membuat garisan sebanyak lapan (8) kali dalam sebulan.

     

    6.

    Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh peneriman invois.

     

    7.

    Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

     

    8.

    Semua pengunjung ke kaunter pertanyaan akan diberi layanan yang cepat dan lengkap dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) minit.

     

    9.

    Semua aduan melalui surat, datang sendiri (bersemuka), telefon, laman web dan emel diakui terima dan disalurkan kepada jabatan yang berkenaan pada hari yang sama.

     

    10. Maklumbalas kepada pelanggan akan diberi dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh aduan yang diterima.  
  • Unit Undang-Undang

    Bil.

    Piagam/Standard

     

    1.

    Setiap penyediaan kontrak kerja-kerja, pembekalan dan perkhidmatan akan dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari.

     

      a. Kerja-kerja  
      b. Perkhidmatan  
      c. Pembekalan  

    2.

    Setiap tindakan ke atas perjanjian namaan dan perjanjian penyewaan akan dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi tujuh (7) hari.

     

    3.

    Semua pertanyaan mengenai perundangan akan diberikan jawapan dalam tempoh empat belas (14) hari.

     

    4.

    Ulasan/pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari.

     

    5.

    Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.

     

    6.

    Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

     

  • Unit Audit Dalam

    Bil.

    Piagam/Standard

     

    1.

    Mengadakan Mesyuarat Pengurusan Unit Audit Dalam pada setiap bulan.

     

    2.

    Tugas pengauditan Pengurusan/Kewangan/Aktiviti dijalankan dalam tempoh enam (6) minggu dan menyediakan dan mengeluarkan laporan auditan Pengurusan/Kewangan/Aktiviti dalam tempoh tiga (3) minggu.

     

    3.

    a) Tugas penampilan audit dijalankan dalam tempoh satu (1) hari.

     

      b) Menyediakan dan mengeluarkan laporan penampilan audit dalam tempoh satu (1) hari.  
      c) Penampilan audit sekurang-kurangnya satu (1) kes sebulan.  

    4.

    Mengambil tindakan susulan pemantauan terhadap Jabatan/Bahagian supaya dapat mengemukakan sebarang pertanyaan audit dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

     

    5.  Tugas pengauditan bagi auditan aduan akan dijalankan dalam tempoh enam (6) minggu dan menyediakan dan mengeluarkan laporan auditan aduan dalam tempoh tiga (3) minggu selepas auditan.  

    6.

    Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.

     

    7.

    Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

     

  • Jabatan Konservasi Warisan

    Bil.

    Piagam/Standard

     

    1.

    Permohonan Kebenaran Merancang secara pelan pra-rundingan warisan yang dikemukakan, diproses dan diputuskan dalam tempoh 30 hari.

     

    2.

    Permohonan Pelan Bangunan secara pelan pra-rundingan warisan yang dikemukakan, diproses dan diputuskan dalam tempoh 30 hari.

     

    3. Ulasan Teknikal bagi pelan Permohonan Kebenaran Merancang yang dikemukakan dan diproses dalam tempoh 30 hari.  
    4. Ulasan Teknikal bagi Pelan Bangunan yang dikemukakan dan diproses dalam tempoh tujuh (7) hari.  

    5(a).

    Permohonan Pelan Permit/Permit membaiki bangunan akan diproses dan diputuskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

     

    5(b). Permohonan Pelan Permit/Permit membaiki bangunan akan diproses dan diputuskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.  

    6.

    Ulasan/Pandangan Teknikal Papan Iklan (Lesen) dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan surat/memo.

     

    7.

    Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh peneriman invois.

     

    8.

    Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

     

  • Jabatan Pesuruhjaya Bangunan

    Bil.

    Piagam/Standard

     

    1.

    Memastikan pemaju memanggil mesyuarat AGM pertama penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dalam tempoh 12 bulan selepas penyerahan pemilikan kosong.

     

    2.

    Mengeluarkan Sijil Perakuan penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dalam tempoh 2 minggu selepas permohonan lengkap diterima.

     

    3.

    Memastikan Badan Pengurusan (JMB/MC) memanggil Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dalam tempoh tidak melebihi 15 bulan dari tarikh mesyuarat sebelumnya.

     

    4.

    Memastikan Badan Pengurusan (JMB/MC) mengemukakan minit Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) / laporan akaun yang diaudit dalam tempoh 28 hari selepas AGM diadakan.

     

    5.

    Memberikan pengesahan pengeluaran Sijil Perakuan penubuhan Perbadanan Pengurusan (MC) dalam tempoh 2 minggu selepas surat diterima daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

     

    6.

    Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh peneriman invois.

     

    7.

    Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

     

  • Jabatan Penguatkuasaan

    Bil.

    Piagam/Standard

     

    1

    Kes aduan kompaun tempat letak kereta yang telah dikeluarkan setelah siasatan jawapan akan diberikan kepada pengadu dalam tempoh 3 hari (hari bekerja).

    2.

    Aduan halangan lalulintas dan halangan dalam petak kereta tindakan angkat ubah/tunda/saman akan dilakukan serta-merta 24 jam.

    3.

    Permintaan yang memerlukan tindakan Agensi Kerajaan dan Jabatan di dalam Majlis akan selaraskan untuk tindakan operasi dalam tempoh empat belas (14) hari. 

    4.

    Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikan kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois. 

     

    5.

    Aduan yang diterima akan diambil tindakan di dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberikan di dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

     

  • Jabatan Landskap

    Bil.

    Piagam/Standard

     
    1. Permohonan pelan landskap akan diproses dalam tempoh tiga puluh tujuh (37) hari.  
    2. Permohonan sijil siap kerja landskap akan diproses dan diputuskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.  
    3. Ulasan untuk permohonan permit memulakan kerja tanah yang diterima dari pemohon akan diproses dan diputuskan dalam tempoh empat belas (14) hari.  

    4.

    Ulasan untuk permohonan kebenaran merancang (ulasan pokok) akan diberikan dalam tempoh empat puluh (40) hari.

     

    5.

    Aduan mengenai pokok tumbang akan diambil tindakan dalam tempoh 24 jam.

     

    6. Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.   
    7. Aduan yang diterima akan diambil tindakan di dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi di dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.