Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Jabatan Konservasi Warisan

08 Februari, 2023

  • Profil

    Jabatan Warisan telah ditubuhkan pada 1 Julai 2011. Ini adalah selaras dengan pengiktirafan Bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO di mesyuarat ‘World Heritage Committee’ yang ke 32 yang telah diadakan pada 7 Julai 2008 di Quebec City,Kanada.

    Penubuhan sebagai sebuah Jabatan Konservasi Warisan (2015) di bawah pihak berkuasa tempatan, Majlis merupakan salah satu komitmen kerajaan seperti yang termaktub dalam  dokumen ’Pelan Pengurusan Warisan’ ataupun ‘Heritage Management Plan’, satu dokumen tambahan yang dikemukakan kepada Unesco dalam proses penilaian untuk pengiktirafan bandar George Town sebagai tapak warisan dunia Unesco.

  • Objektif
    1. Mengawal pemajuan-pemajuan dan kerja pindaan & tambahan bagi semua bangunan warisan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO dan bangunan-bangunan warisan di seluruh Pulau.

    2. Mengawal kemajuan pembangunan yang  dijalankan oleh pemaju swasta, organisaasi separa Kerajaan dan Badan-badan Berkanun bagi kawasan-kawasan yang melibatkan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

    3. Menjadi Urusetia untuk “Technical Review Panel” bagi mengkaji dan meneliti semua perubahan pemajuan yang terlibat Tapak Warisan.

    4. Membantu dalam mewujudkan dan mengkoordinasikan satu rangka kerja jangka panjang yang mantap bagi kerja-kerja pengurusan dan pemuliharaan Tapak Warisan.

    5. Mengkaji penambahbaikan garis panduan warisan dari semasa ke semasa.

    6. Merancang dan menguruskan program-program berkaitan warisan.

    7. Menyediakan maklumat untuk laporan berkala yang perlu dihantar kepada UNESCO.

  • Fungsi
    1. Memproses permohonan kebenaran merancang, pelan-pelan bangunan, pelan-pelan permit, permohonan membaiki rumah, permohonan tukarguna dan permohonan-permohonan lain berkaitan kawalan pembangunan serta insentif Bangunan Warisan yang dikemukakan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang melibatkan Tapak Warisan Dunia UNESCO dan juga premis warisan di luar Tapak Warisan Dunia UNESCO.

    2. Penguatkuasaan terhadap kerja-kerja bangunan tanpa kebenaran di dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO dan premis-premis warisan yang di luar Tapak Warisan Dunia UNESCO.

    3. Memeriksa tapak dan menyediakan Laporan Visual Struktur Bangunan serta tindakan penguatkuasaan terhadap bangunan-bangunan yang usang dan berbahaya di dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO.

  • Perkhidmatan Kami
    1. Kawalan Pembangunan Dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town.

    2. Memproses permohonan pelan bagi cadangan pemajuan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town.

    3. Mengeluarkan permit untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan ke atas bangunan dan pindaan kecil.

    4. Memantau dan mengawal kerja-kerja tanpa kebenaran di dalam Tapak Warisan.

    5. Memantau dan mengawal bangunan-bangunan yang usang dan berbahaya di dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town.

    6. Memproses permohonan lukisan dinding di dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town.

    7. Memberikan Khidmat nasihat kepada orang awam berhubung perkara-berkaitan bangunan warisan.

    8. Bertanggungjawab menyiasat aduan-aduan dalam Tapak yang diterima

  • Piagam Pelanggan
    1. Permohonan Kebenaran Merancang secara pelan pra-rundingan warisan akan diproses dalam tempoh tiga puluh (30)hari.

    2. Ulasan teknikal untuk Permohonan Kebenaran Merancang akan diberi dalam tempoh tiga puluh (30) hari.

    3. Ulasan teknikal untuk Permohonan Pelan Bangunan akan diberi dalam tempoh empat belas (14) hari.

    4. Permohonan pelan permit / permit membaiki bangunan / permit lukisan dinding akan diproses dan diputuskan dalam tempoh empat belas (14) hari.

    5. Ulasan teknikal dalam Sistem uLesen akan dikemukakan dalam tempoh tujuh (7) hari.

    6. Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikan kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari penerimaan invois.

    7. Aduan yang diterima akan dijawab dalam sisitem aduan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari penerimaan aduan.

  • Carta Organisasi

    carta organisasi jabatan konservasi 2023

  • Direktori
    Nama Jawatan Telefon (Pejabat) Emel[at]mbpp[dot]gov[dot]my
    LEE TIT KUN PENGARAH KONSERVASI WARISAN

    04-287 9001

    leetitkun

    MUSHIRAH BINTI MOHAMAD BADARUDDIN ARKITEK WARISAN 2

    04-287 9003

    mushirah

    NUR ADIBAH BINTI ABDUL NASIR ARKITEK WARISAN 3

    04-287 9004

    adibah

    NOOR AEDIHERIZAL BIN MD NAYAN PENOLONG PEGAWAI SENIBINA

    04-287 9009

    aediherizal

    MOHD KHAIRUL ANUAR BIN ISMAIL PENOLONG PEGAWAI SENIBINA

    04-287 9008

    khairulanuar

    NOR AKHIRI BINTI MOHAMED

    PENOLONG PEGAWAI SENIBINA

    04-287 9009

    norakhiri

    SHARINA BINTI BABJAN KHAN PENOLONG PEGAWAI SENIBINA

    04-287 9010

    sharina

    MUHAMMAD HAZWAN BIN ZAINI PENOLONG PEGAWAI SENIBINA

    04-287 9008

    hazwan

    Mohd Azmi bin Fazil PENOLONG PEGAWAI SENIBINA

    04-287 9008

    azmi

    MUHAMMAD AMIRUL FAIZ BIN AHMAD FUAD PENOLONG JURUTERA

    04-287 9010

    amirulfaiz

    BELINDAA PREIRA A/P CHARLES JOHNSON PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT

    04-287 9005

    warisan

    BAHAGIAN PEMBANGUNAN & PENYELIDIKAN

    POON CHIT A/P KELOI PENOLONG PEGAWAI SENIBINA

    04-287 9009

    poonchit
    MOHD AZMI BIN FAZIL PENOLONG PEGAWAI SENIBINA

    04-287 9008

    azmi

     BAHAGIAN PENTADBIRAN

    NOORMAHANI BINTI AHMAD PENOLONG PEGAWAI TADBIR KANAN

    04-287 9006

    noormahani
    ZAINUN FITRI BIN ISMAIL PEMBANTU TADBIR (ASET)

    04-287 9007

    zfitri

    SITI NORAZRINA BINTI ALWEE PEMBANTU TADBIR (PERKHIDMATAN)

    04-287 9007

    norazrina

    MASITAH BINTI MUSTAFF PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)

    04-287 9007

    masitah

    YUGAREKKA A/P ISYACHELVAM PEMBANTU TADBIR (PENTADBIRAN)

    04-287 9007

    yugarekka

    SHUJAIRAH BINTI ABU BAKAR PEMBANTU TADBIR (TEKNIKAL)

    04-2879011

    shujairah

    NUR FATIMAH SUZAZNIM BINTI ARASAT PEMBANTU TADBIR (KEMAJUAN)

    04-2879011

    fatimahsuzaznim

    ALIAS IZUAN BIN AZIZAN

    PEMANDU KENDERAAN

    04-2879000

    MUHAMMAD IZRUL BIN ISHAK PEMBANTU OPERASI 04-2879000
    MUHAMAD AMIR QUSHAIRIE BIN ABDULLAH PENGHANTAR NOTIS 04-2879000

  • Hubungi Kami
    Telefon

    04-287 9000

    Emel

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Alamat

    Jabatan Konservasi Warisan, Dewan Bandaran Jalan Padang Kota Lama, 10200 George Town.

  • Dasar dan Garis Panduan
  • Muat Turun Borang
  • Perundangan
  • Penerbitan