Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

SIDANG MEDIA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PENANG INTERNATIONAL BRIDGE TO BRIDGE RIDE 2019 (PgiB2B 2019)

31 Januari, 2019

Ini merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh penggemar sukan berbasikal.

Majlis Pelancaran program Penang International Bridge to Bridge Ride (Jambatan ke Jambatan) telah diadakan di concourse, Tingkat 3, KOMTAR pada 30hb Januari 2019 (Rabu).

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang dan pengerusi jawatankuasa pengelola Dato' Dr. Lim Seh Guan serta semua ahli jawatankuasa pengelola yang hadir.

Untuk makluman, Penang International Bridge to Bridge Ride 2019 (PgiB2B 2019) akan diadakan pada 30hb Jun 2019, bermula dari Queensbay Mall, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Ini acara yang julung kalinya membenarkan peserta berkayuh merentasi Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Jambatan Kedua) pada hari yang sama. Jarak kayuhan adalah sepanjang 66km.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi kerajaan yang memberi sokongan untuk merealisasikan kayuhan Penang International Bridge to Bridge Ride 2019 (PgiB2B 2019) terutamanya kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jambatan Pulau Pinang, Jambatan Kedua Sdn Bhd, PDRM, dan lain-lain.Tidak lupa juga penghargaan dan terima kasih kepada penaja utama program iaitu Paramount Property.

Pendaftaran akan dibuka dari 1hb Febuari 2019 sehingga 15hb April 2019. Yuran pendaftaran adalah RM130.00 bagi warganegara Malaysia dan RM180.00 untuk warganegara asing.

Penyertaan adalah terhad. Penyertaan boleh dibuat melalui pautan berikut: https://event.howei.com/event/b2b-ride-2019

  • pic1 1
  • pic 2 14
  • pic 3 16
  • pic 4 10
  • pic 5 8
  • pic1 1
  • pic 2 14
  • pic 3 16
  • pic 4 10
  • pic 5 8