Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

Galeri 2019

PESTA PULAU PINANG 2019

Majlis Perasmian Pesta Pulau Pinang Edisi ke-53 telah disempurnakan dengan gilang-gemilang pada 7 Disember 2019 oleh TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang bersama isteri YABhg. Toh Puan Datin Seri Hajjah Majmor Binti Shariff. Turut hadir ialah YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Pesta Pulau Pinang yang telah mula diadakan sejak tahun 1966 merupakan sebuah acara tahunan yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh warga Pulau Pinang dan juga menjadi tarikan kepada pelancong dalam dan luar negeri. Edisi tahun 2019...
  • Hits: 476

KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT) KE MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

Satu kunjungan hormat oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) ke Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah diadakan pada 6 Disember 2019 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat A, Tingkat 17, KOMTAR. Kunjungan hormat ini amatlah dialu-alukan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang dalam usaha untuk membentuk hubungan kerja yang lebih baik di samping bertukar-tukar pandangan berkenaan pembangunan teknologi yang semakin pesat membangun. ...
  • Hits: 273

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PEGAWAI-PEGAWAI PENGUATKUASA PIHAK BERKUASA TEMPATAN KE MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

Satu kunjungan hormat oleh Persatuan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PESAMA) ke Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah diadakan pada 6 Disember 2019 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat A, Tingkat 17, KOMTAR. Kunjungan hormat ini amatlah dialu-alukan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang dalam usaha untuk membentuk hubungan kerja yang lebih baik dan membincangkan beberapa perkara dalam memperkasakan lagi pentadbiran. ...
  • Hits: 276

LAWATAN MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN KE MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

Satu lawatan oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan, Perak ke Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Perdana, Tingkat 4, KOMTAR. Lawatan ini amat dialu-alukan oleh MBPP dalam usaha membentuk kerjasama di antara kedua-dua pihak dari sudut berkongsi ilmu mengenai pengurusan kesatuan pekerja dan pengurusan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan. Diharapkan lawatan ini akan memberi pelbagai manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam memperkasakan lagi pentadbiran pada masa hadapan. ...
  • Hits: 355

PELANCARAN KEMPEN TIADA MOTOSIKAL DI ATAS SIAR KAKI DAN LALUAN BASIKAL

Kempen yang membawa objektif "Persekitaran Laluan Awam Tanpa Halangan" ini bertujuan untuk nemperkukuhkan akses dan keselamatan kepada pejalan kaki dan penunggang basikal serta berperanan untuk mengubah sikap masyarakat yang menyalahgunakan kemudahan laluan awam. Pihak Majlis memfokuskan kesedaran kepada pengguna motosikal yang sering menyalahgunakan kemudahan yang disediakan dan memberikan tumpuan kepada kawasan 'hot spot' seperti kawasan pelancongan dan tumpuan orang ramai. Oleh itu, orang awam dinasihatkan supaya mengelakkan diri anda daripada budaya yang tidak mesra pengguna. Operasi...
  • Hits: 311

HARI INOVASI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2019 MEMBUKTIKAN KEHEBATAN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menggondol 3 kemenangan sempena Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang 2019 yang berlangsung pada hari ini di Auditorium C, KOMTAR. Kejayaan tersebut ialah:- Johan bagi Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2019 (Kategori ICT) menerusi Projek e-INSPECTION. Johan bagi Pertandingan Innovation Blast (Kategori Pengurusan) menerusi Projek Sistem Letak Kereta Pintar Anugerah Khas Inovasi Berpotensi (Kategori Bukan ICT) menerusi Projek Taman Inovasi Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah berjaya mengharumkan nama Majlis...
  • Hits: 462

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN TAMAN BANDAR ARKEOLOGI SIA BOEY

Taman Bandar Arkeologi Sia Boey yang merupakan Taman Arkeologi Bandar pertama di Malaysia dibuka dan ianya bertujuan untuk menceritakan mengenai sejarah George Town kepada orang ramai terutamanya para pelancong. Suatu ketika dahulu, Sia Boey merupakan hab perdagangan awal di George Town dan aktiviti-aktiviti berpusat di sekitar Terusan Prangin di mana terletaknya balai pasar kurun ke-19 dan rumah-rumah kedai. Untuk makluman, pelancaran Projek Pemuliharaan Sia Boey yang berkeluasan 5.73 ekar ini telah bermula pada 25 Mac 2018 selaras dengan visi Pulau Pinang 2030 iaitu untuk mewujudkan taman...
  • Hits: 326

MALAM YANG GILANG GEMILANG DI POTPOURRI OF PENANG CARNIVAL

Persidangan Asia Pacific Urban Forum 7 (APUF 7) melabuhkan tirainya dengan penuh gilang gemilang di acara terakhir iaitu Potpourri of Penang Carnival pada 17 Oktober 2019 di Padang Kota Lama. Malam yang penuh dengan memori ini dimulakan dengan persembahan 'Projection Mapping' di bangunan Town Hall dan seterusnya diserikan dengan penampilan pelbagai artis popular tanah air seperti Datuk Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Bunkface dan ramai lagi. ...
  • Hits: 323

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerima pengiktirafan 5 Bintang Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) Tahun 2018

TAHNIAH MBPP! Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerima pengiktirafan 5 Bintang Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) Tahun 2018 yang disampaikan oleh Ketua Audit Negara Malaysia, YBhg. Dato' Nik Azman Nik Abdul Majid pada 3.10.2019. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua warga Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Ahli Majlis-Ahli Majlis yang sentiasa komited dalam menjalankan amanah serta tugas dengan penuh dedikasi. ...
  • Hits: 319