Satu lawatan oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan, Perak ke Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Perdana, Tingkat 4, KOMTAR.
Lawatan ini amat dialu-alukan oleh MBPP dalam usaha membentuk kerjasama di antara kedua-dua pihak dari sudut berkongsi ilmu mengenai pengurusan kesatuan pekerja dan pengurusan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan.
Diharapkan lawatan ini akan memberi pelbagai manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam memperkasakan lagi pentadbiran pada masa hadapan.