Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

PROGRAM 'FAMILY FUN WALK' SEMPENA KARNIVAL OLIMPIK PULAU PINANG 2019

24 Jun, 2019

Program 'Family Fun Walk' Sempena Karnival Olimpik Pulau Pinang telah dilangsungkan dengan jayanya pada hari ini (23 Jun 2019) bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

Acara jalan kaki 'Family Fun Walk' ini telah bermula pada jam 5:30 petang yang melibatkan penyertaan seramai 7000 orang peserta.

Para peserta telah dilepaskan oleh barisan tetamu VIP yang diketuai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Chow Kon Yeow.

Para peserta 'Family Fun Walk' bermula dan berakhir di Lebuh Light dan merentasi Hotel City Bayview > Lebuh Leith (Blue House Mansion) > Jalan Penang (Cititel Hotel) > Lebuh Campbell > Lebuh Buckingham (Masjid Kapitan Keling) > Lebuh Acheh > Lebuh Pantai > Bulatan Menara Jam (Clock Tower) > Hadapan Dewan Undangan Negeri (Penamat).

Dalam pada itu, para peserta perlu melalui 4 'checkpoint' di Town Hall, Friendship Park, Odeon Jalan Penang dan Masjid Melayu Lebuh Acheh.

Selesai tamat acara jalan kaki ini, semua para peserta berkumpul di Padang Kota Lama untuk Upacara Perasmian Karnival Olimpik yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Chow Kon Yeow.

Selain itu, Karnival Olimpik Pulau Pinang 2019 diserikan dengan Larian Obor oleh Atlet Olimpik Negara dari Pulau Pinang seperti Datuk Lee Chong Wei dan ramai lagi.

Seterusnya, para hadirin yang hadir dipersembahkan dengan Penyalaan 'Olympic Flames' beserta kiraan detik baki (Countdown) 397 hari ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Akhir sekali, acara perasmian ditamatkan dengan pertunjukan bunga api yang memukau dan menarik perhatian semua hadirin yang hadir

  • pic 1 21
  • pic 2 18
  • pic 3 20
  • pic 4 14
  • pic 1 21
  • pic 2 18
  • pic 3 20
  • pic 4 14