Adalah dimaklumkan bahawa penutupan jalan di Lebuh Buckingham dan sebahagian Jalan Masjid Kapitan Keling bagi Rumah Terbuka Perdana Hari Raya Aidilfitri 2025 Gabungan Liga Muslim Pulau Pinang akan dilaksanakan seperti berikut:
Lokasi : Lebuh Buckingham
Bahagian: -
Masa dan : 10.00 pagi – 11.59 malam
Tarikh: 27/4/2025 (Ahad)
Lokasi :
Sebahagian Jalan Masjid Kapitan Keling
Bahagian : Dari Jalan Kampung Kolam hingga persimpangan Lebuh Chulia
Masa : 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam
Tarikh: 27/4/2025 (Ahad)
Lokasi : Sebahagian Lebuh Ah Quee
Bahagian: Dari simpang Jalan Masjid Kapitan Keling hingga Lorong Pitt
Masa: 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam
Tarikh: 27/4/2025 (Ahad)
Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif di kawasan terlibat bagi tempoh masa yang ditetapkan. Sila rujuk peta laluan untuk panduan sewajarnya.
