Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

SIDANG MEDIA PROGRAM BERBASIKAL 'CAMPAIGN FOR A LANE 10TH EDITION 2018'

04 Jun, 2018

Satu sidang media bagi program berbasikal 'Campaign For A Lane' (CFAL) anjuran G Club Penang Cyclist dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah diadakan di G Hotel Persiaran Gurney, Pulau Pinang pada 18 Mei 2018 (Jumaat).

Program yang telah memasuki edisi ke-10 pada tahun ini akan diadakan pada 12 Ogos 2018 (Ahad) bermula jam 7.00 pagi bermula di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

Para peserta akan mengelilingi kawasan Pulau sejauh 82KM yang akan melalui kawasan Weld Quay, Kawasan Perindustrian Bayan Lepas, Balik Pulau, Teluk Bahang, Tanjung Bungah dan berakhir semula di Jalan Padang Kota Lama.

Dianggarkan seramai 3,500 orang peserta akan menyertai program berbasikal ini dan pendaftaran penyertaan adalah secara atas talian melalui laman sesawang https://event.howei.com/event/cfal10