Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

PENYERAHAN PLAK ANUGERAH ASEAN CLEAN TOURIST CITY STANDARD 2020-2022 DAN LAWATAN TAPAK BIOGAS PILOT PLANT

18 Januari, 2020

Yang Berhormat Tuan Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada warga Majlis Bandaraya Pulau Pinang di atas pencapaian anugerah ini buat kali yang ke-2 berturut-turut.

Beliau mengatakan bahawa pelbagai kriteria perlu dipenuhi sebelum mendapat anugerah ini dan ianya bukanlah mudah. Selain itu, beliau juga berharap pencapaian seperti ini dapat dikekalkan pada anugerah yang akan datang dan meminta kerjasama warga MBPP bekerja keras dalam mencapai perkara ini.

Sebelum penyerahan plak anugerah, beliau turut melawat tapak Biogas Pilot Plant bagi melihat sendiri perkembangan terkini mengenai projek tersebut.

Plak anugerah telah diterima oleh Yang Berbahagia Datuk Bandar MBPP serta dihadiri Setiausaha Bandaraya, Ahli-Ahli Majlis dan Ketua-Ketua Jabatan MBPP.

  • asean db
  • asean db 1
  • asean db
  • asean db 1