Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

PROGRAM LARIAN TANJUNG RUN 2018

08 Oktober, 2018

Program Tanjung Run 2018 yang diadakan sempena Ulang Tahun TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang telah dilangsungkan hari ini (6 Oktober 2018) bertempat di Jalan Sepoy Lines (di hadapan Padang Polo).

Para peserta telah dilepaskan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Ybhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang.

Program anjuran Penang Amateur Athletic Association dan Lions Club of Tanjung Star Penang ini memerlukan para peserta berlari sejauh 10KM bermula dari Jalan Sepoy Lines dan melalui beberapa jalan sekitar Pulau Pinang kemudiannya berakhir semula di Jalan Sepoy Lines.

Di samping meraikan Ulang Tahun TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, program ini juga bertujuan untuk mempromosi gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dalam kalangan warga Pulau Pinang.

  • run1
  • run2
  • run3
  • run4
  • run5
  • run1
  • run2
  • run3
  • run4
  • run5