Accessibility Tools

Skip to main content
Portal RasmiMajlis Bandaraya Pulau Pinang

KEMPEN KESEDARAN "SAY NO TO PLASTIC STRAWS AND SINGLE-USE PLASTICS"

07 November, 2018

Satu kempen kesedaran "Say No to Plastic Straws and Single-Use Plastics" telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk menggalakkan orang ramai supaya mengurangkan penggunaan penyedut minuman plastik dan barangan plastik guna sekali pada hari ini (5hb November 2018).

Yang Berbahagia Dato' Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah melancarkan kempen tersebut dan disaksikan oleh En. Mohd Nadzim Hashim, Pengurus Besar Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan ahli-ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Initiatif "Say No to Plastic Straws and Single-Use Plastics" telah menerima sokongan daripada 19 pengusaha-pengusaha restoran dan kedai makan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, di mana tiada penyedut minuman plastik akan diberikan secara automatik di restoran dan kedai makan pada peringkat permulaan.

Dato' Yew berkata, idea "Say No to Plastic Straws and Single-Use Plastics" tercetus pada 24hb Jun 2018 semasa aktiviti PlogClean peringkat negeri diadakan dan idea ini telah menerima sambutan yang baik dan positif daripada orang ramai.

  • gambar 2 6
  • gambar 3 6
  • gambar 5 3
  • gambar 6
  • gambar 2 6
  • gambar 3 6
  • gambar 5 3
  • gambar 6