MENU

Penyembelihan

Majlis menyediakan sebuah Rumah Sembelih di Jalan Sungai untuk tujuan penyembelihan haiwan, iaitu penyembelihan Khinzir di Seksyen 'A' dan penyembelihan Lembu dan Kambing/Bebiri di Seksyen 'B'. Di samping itu, Majlis juga mengeluarkan permit sembelih (Lesen Khas) dan pengawalan penyembelihan di kawasan Penjagalan Bandaraya.

Dari segi penguatkuasaan, Majlis menjalankan penyeliaan serta pemeriksaan daging di Rumah-Rumah Sembelih Luar Bandar, kawalan kemasukan ternakan serta daging-daging yang tidak sah dari kawasan luar Majlis dan pemeriksaan bilik-bilik sejuk di Kawasan Majlis bagi tujuan Pengimpotan Daging.Selain daripada itu, Rumah Sembelih Majlis juga merupakan satu pusat latihan untuk Merinyu Daging, Pembantu Veterinar, Inspektor Kesihatan dan Badan Kerjasama dan juga untuk pelatih-pelatih dari luar negara.

Garis Panduan Permohonan Untuk Penyembelihan Di bawah Lesen Khas
Untuk tujuan tertentu seperti Perayaan Hari Raya Puasa, Hari Raya Qurban, Perkahwinan, Aqiqah dan Upacara Ugama Sahaja.)

(A) Kadar Bayaran : RM20.00 setiap ekor lembu/kerbau, RM10.00 setiap ekor kambing dan RM10.00 setiap ekor khinzir
(B) Permohonan perlu dikemukakan 72 jam sebelum hari penyembelihan diingini.
(C) Pusat Permohonan :

  • Pejabat M.P.P.P. Balik Pulau, Jalan Tun Sardon, Pulau Pinang. (Di mana borang permohonan boleh diperolehi dan dilengkapkan. Bayaran Lesen Khas dijelaskan sewaktu pemeriksaan daging dilaksanakan ke atas penyembelihan.)
  • Bahagian Veterinar, Jabatan Kesihatan Awam, Jalan Sungai, 10150 Pulau Pinang. (Di mana borang boleh dilengkapkan serta bayaran Lesen Khas dijelaskan sekaligus.

Suntikan Antitifoid

Suntikan antitifoid ini diberikan kepada penggendali makanan di Klinik MPPP, Tingkat 4, KOMTAR dengan caj bayaran untuk warga tempatan sebanyak RM55.00 seorang dan untuk warga asing sebanyak RM85.00 seorang.

Carta Aliran Untuk Kawalan Rodensa