MENU

Jabatan Kawalan Bangunan

Bil.

Piagam/Standard

 

1.

Permohonan Pelan Bangunan bagi kaedah Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi, Pelaburan Asing dan projek Kerajaan akan diproses dalam tempoh tiga puluh tujuh (37) hari.

 

2.

Permohonan Pelan-pelan Pembaharuan akan diproses dan keputusan akan diberi dalam tempoh enam (6) bulan.

 

3.

Permohonan Kebenaran Memulakan Kerja akan diproses dengan serta-merta dan keputusan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

 

4.

Permohonan Sijil Kelayakan Menduduki akan diproses dan diputuskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

 

5.

Permohonan Merancang untuk tujuan menukar kegunaan bangunan akan diproses dan diputuskan dalam tempoh enam (6) bulan.

 

6.

Permohonan pelan permit yang diterima akan diproses dan diputuskan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

 

7.

Permohonan permit membaiki bangunan akan diproses dan diputuskan dalam tempoh tujuh (7) hari.

 

8.

Ulasan/Pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat puluh (40) hari bekerja.

 

9.

Ulasan/Pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

 

10.

Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.

 

11.

Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.