KENYATAAN MEDIA
PENGHANTARAN BIL CUKAI TAKSIRAN BAGI SEPARUH TAHUN KEDUA 2023
- Dengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah selesai mengedarkan Bil Cukai Taksiran Separuh Tahun kedua bagi tahun 2023.
- Semua pemilik harta harus menjelaskan Cukai Taksiran masing-masing sebelum tarikh akhir bayaran iaitu pada 31 Ogos 2023. Tindakan penguatkuasaan di bawah peruntukan undang-undang boleh diambil ke atas pemilik harta yang gagal menjelaskan bayaran.
- Menurut Seksyen 147(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976, Notis sebanyak RM5.00 akan dikenakan pada 1 Mac dan 1 September setiap tahun bagi pemilik yang gagal menjelaskan bayaran cukai taksiran sebelum tarikh akhir bayaran.
- Untuk menuju ke arah paperless, MBPP menggalakkan pemilik-pemilik harta untuk membuat langganan ‘ebill’ Cukai Taksiran MBPP sebagai satu opsyen yang lebih mesra alam.
- Bagi pemilik yang telah membuat langganan ‘ebill’ sebelum/pada 30 April 2023, MBPP telah menghantar ‘ebill” Cukai Taksiran Separuh Tahun Kedua 2023 melalui emel dan SMS.
- Pemilik yang berminat tetapi masih belum membuat langganan ‘ebill’ boleh mengimbas kod QR di bawah dan nikmati rebat RM5.00 secara one-off:
- Pemilik yang membayar cukai taksiran menggunakan aplikasi PEARL – one touch Penang dari 1 Julai 2023 hingga 31 Ogos 2023 akan menerima 1% bayaran balik tunai “cashback” melalui Pearl wallet.
- Sebarang pertanyaan atau permasalahan berkenaan Cukai Taksiran boleh menghubungi talian :-
04-2592178 / 04-2592342
Unit Kadar, Bahagian Hasil,
Jabatan Perbendaharaan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Dikeluarkan oleh :
Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti
Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Bertarikh : 27 Jun 2023