Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI JALAN KHIDMAT DAN LORONG TEPI JALAN PISANG EMBUN

17 January, 2024

pelan jalan pisang embun

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar  aliran lalulintas dua hala ke  sehala di  jalan khidmat dan lorong tepi Jalan Pisang Embun, Pulau Pinang bermula dari 18 Januari 2024 (Hari Khamis) bermula jam 10.00 pagi seperti pelan yang disertakan.

2.         Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut:

            BIL

NAMA JALAN

SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN

CATITAN

1. Jalan khidmat

Sehala

Pusingan arah jam dari Lot 7707

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala
2. Lorong tepi di antara Lot 10080 dan 10081

Sehala

Dari Lot 10081 menuju ke Lot 7735

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala
3. Lorong tepi di antara Lot 7706 dan 7707

Sehala

Dari Lot 7733 menuju ke Lot  7706

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala

3.         Tujuan sistem jalan sehala ini adalah bagi melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan konflik dan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

4.         Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi  MBPP di talian :

04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed)

04-2592327 (En. Abdul Salam bin Abdul Karim)