Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

SIDANG MEDIA SEMPENA WORLD ENVIRONMENT DAY DAN PELANCARAN PROJEK 'PLOGCLEAN'

05 June, 2018

SIDANG MEDIA LARIAN OBOR ASIA PACIFIC MASTERS GAMES 2018 (APMG 2018) DI NEGERI SABAH

Bersempena kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 (APMG 2018) yang akan berlangsung pada 7-15 September 2018 di Pulau Pinang, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) akan menganjurkan program Larian Obor APMG 2018 di seluruh Malaysia dan negeri Sabah telah dipilih sebagai lokasi pertama untuk larian ini.

Satu sidang media berkenaan program ini telah diadakan di Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada 27 April 2018 (Jumaat) dan Tip of Borneo, Kudat telah dipilih sebagai lokasi permulaan bagi Larian Obor APMG 2018 di negeri Sabah yang akan diadakan pada 28 April 2018 (Sabtu).

Turut berlangsung semasa sidang media ini ialah penyerahan obor oleh Presiden MALA merangkap Naib Presiden APMG 2018, Ar. Yew Tung Seang kepada Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Yang Berbahagia Datuk Yeo Boon Hai sebagai simbolik tibanya obor di negeri Sabah.

Larian Obor ini akan mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana buat pertama kalinya, Pihak Berkuasa Tempatan dari semua negeri di Malaysia akan berganding bahu untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan kesukanan.

Larian ini akan mengambil masa selama 99 hari sejauh 3,908 KM yang merangkumi keseluruhan negeri di seluruh Malaysia dan berakhir di Pulau Pinang pada 8 September 2018.