PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI KAWASAN PERNIAGAAN LINTANG BATU MAUNG, PULAU PINANG
SIARAN AKHBAR
MAKLUMAN UMUM
PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI KAWASAN PERNIAGAAN LINTANG BATU MAUNG, PULAU PINANG
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan menukar aliran lalulintas dua hala ke sehala di kawasan perniagaan Lintang Batu Maung, Pulau Pinang bermula dari 16 April 2017 jam 10.00 pagi (Hari Ahad) seperti pelan yang disertakan di bawah.
2. Arah aliran lalulintas yang dicadangkan adalah seperti berikut:
BIL |
JALAN YANG TERLIBAT |
ARAH ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN DAN TINDAKAN YANG DICADANGKAN |
---|---|---|
1. |
Lintang Batu Maung |
Sehala Dari Lintang Batu Maung 1 menuju ke Lintang Batu Maung 3 |
2. |
Lintang Batu Maung 1 |
Sehala a) Dari Lintang Batu Maung 4 menuju ke Lintang Batu Maung b) Dari Lintang Batu Maung 4 menuju ke Lintang Batu Maung 2 |
3. |
Lintang Batu Maung 2 |
Sehala Dari Lintang Batu Maung 1 menuju ke lorong tepi rumah pangsa sediada |
4. |
Lintang Batu Maung 3 |
Sehala Dari Lintang Batu Maung menuju ke Lintang Batu Maung 4 |
5. |
Lintang Batu Maung 4 |
Sehala Dari Lintang Batu Maung 3 menuju ke Lintang Batu Maung 1 |
3. Tujuan sistem jalan sehala ini dicadangkan adalah bagi mengurangkan kesesakan dan melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan masalah konflik dan gangguan lalulintas di kawasan tersebut.
4. Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama 3 bulan. Sekiranya tuan/ puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Majlis di talian : 04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed) 04-2592015 (Encik Zainuddin bin Mohamad Shariff).
Sekian, terima kasih.
Bahagian Perhubungan Awam
Jabatan Khidmat Pengurusan
MBPP
Bertarikh : 11 April 2017
Pelan Cadangan Aliran Lalulintas Sehala di Kawasan Perniagaan Lintang Batu Maung