Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar aliran lalulintas dua hala ke sehala di jalan khidmat, Jalan Sungai Dua, Pulau Pinang bermula dari 16 Januari 2024 (Hari Selasa) bermula jam 10.00 pagi seperti pelan yang disertakan.
2. Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut:
BIL |
NAMA JALAN
|
SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN |
CATITAN
|
1.
|
Jalan khidmat, Jalan Sungai Dua (berdekatan Apartment University Height) |
Sehala
Dengan arah aliran dari laluan masuk jalan khidmat menuju ke lot 4611
|
Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala |
3. Tujuan sistem jalan sehala ini adalah bagi melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan konflik dan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.
4. Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi MBPP di talian :
- 04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed)
- 04-2592327 (En. Abdul Salam bin Abdul Karim)