Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Malaysia 2020 diadakan di Padang Kota Lama dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr Wan Ismail, Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow bersama isterinya, YABhg. Puan Tan Lean Kee dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Datuk Mohamaddin bin Ketapi bersama isterinya YBhg. Datin Zarinah. Pelbagai persembahan budaya yang menarik bagi memeriahkan lagi sambutan malam ini.