Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2018

07 August, 2018

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 sedang diadakan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang bermula pada 3 hingga 5 Ogos 2018.

Pelancaran majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 4 Ogos 2018 (Sabtu) yang turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, barisan Menteri-menteri Kabinet serta Exco-exco Negeri.

Bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’ untuk meraikan dan mempertingkatkan semangat cintakan negara selari dengan usaha memupuk semangat patriotsime rakyat melalui pengibaran Jalur Gemilang sebagai tanda kasih sayang kepada Negara, rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang telah hadir untuk memeriahkan sambutan ini.

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 turut diisi dengan program-program menarik seperti Konsert Sayangi Malaysiaku, pertunjukan bunga api, Kembara Merdeka Jalur Gemilang, persembahan buskers, pentarama, pameran Caring Bridge, karnival food truck, larian merdeka, pameran MyMerdeka, Jualan My Best Buy FAMA dan pelbagai lagi aktiviti menarik dan berinformasi untuk disertai oleh rakyat.

Di dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018, kesemua rakyat Malaysia diseru untuk mengibarkan Jalur Gemilang di sepanjang bulan ini sebagai tanda cintakan tanah air.

  • pic 1 7
  • pic 2 3
  • pic 3 4
  • pic 4 2
  • pic 5 0
  • pic 1 7
  • pic 2 3
  • pic 3 4
  • pic 4 2
  • pic 5 0