Pada 20 Mei 2018 (Ahad) telah diadakan Majlis Pelancaran "Spiral Bicycle And Pedestrian Bridge" yang telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow dan Menteri Kewangan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng.
Untuk makluman, jambatan yang dibina mengikut ukuran piawaian antarabangsa ini secara keseluruhannya berukuran lebih kurang 600 meter ( from ramp up to ramp down ) dan mempunyai kelebaran sebesar 3 meter bagi laluan dua hala penunggang basikal dan 1.5 meter lebar bagi laluan pejalan kaki.
Projek ini telah bermula pada 18 Julai 2016 dan ia merupakan antara projek yang diusahakan oleh MBPP untuk mentransformasi Pulau Pinang menjadi sebuah Bandaraya Pintar bercirikan ‘Intelligent, Liveable and Happy City.’