MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK DAN LAWATAN TAPAK LARIAN OBOR ASIA PACIFIC MASTERS GAMES 2018 (APMG 2018) PERINGKAT NEGERI SARAWAK DI MAJLIS DAERAH LIMBANG
Satu mesyuarat jawatankuasa induk Asia Pacific Masters Games (APMG 2018) peringkat Negeri Sarawak di bahagian Limbang telah diadakan pada hari ini 24hb Mei 2018 (Khamis) bertempat di Majlis Daerah Limbang.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Walikota Majlis Daerah Limbang iaitu Yang Berbahagia Kr. Sufian Bin Mohat. Turut hadir bersama semasa mesyuarat ini adalah wakil-wakil dari Pejabat Residen Limbang, Majlis Perbadanan Labuan, Polis Di Raja Limbang dan Ahli Majlis Daerah Limbang (Bahagian Pelancongan) yang akan bersama-sama menganjurkan larian obor ini.
Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan iaitu Haji Mohamed Akbar Bin Mustapha telah memberikan taklimat dan penjelasan mengenai program larian ini. Selepas Limbang daerah yang seterusnya adalah daerah Miri. Larian obor di seluruh Negeri Sarawak yang akan bermula pada 18hb Jun 2018 sehingga 28 Jun 2018.
Limbang akan menampilkan beberapa ciri-ciri tradisional sepanjang sambutan larian obor ini nanti.