Satu lawatan ke Kampung Tanjung Tokong telah diadakan pada hari ini (29 Mei 2018) oleh Datuk Bandar MBPP, Ar. Yew Tung Seang bagi meninjau permasalahan penduduk berkenaan sistem perparitan yang semakin uzur sehingga menyebabkan berlakunya kejadian banjir kilat pada malam tadi.
Turut hadir semasa lawatan ini ialah Exco Kerja Raya, Utiliti Dan Tebatan Banjir, YB. Zairil Khir Johari serta wakil-wakil jabatan daripada MBPP.