Yang Berbahagia Datuk Bandar MBPP Ar. Yew Tung Seang telah membuat lawatan ke tapak bersama pihak Media untuk meninjau dan memantau akan perkembangan penambahbaikan kemudahan-kemudahan, ‘Grand Stand’ tempat duduk untuk penonton, tandas, peralatan dan lain-lain, di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, lokasi utama acara APMG 2018.
Negeri Pulau Pinang menjadi tuan rumah untuk ‘Asia Pacific Masters Games’ (APMG, bermula dari 7-15 hb. Sept 2018), Sukan Prestij Antarabangsa (taraf olimpik untuk individu berumur 35 tahun dan ke atas), yang akan disertai ribuan peserta dari 47 buah negara.
Maklumat lebih lanjut: www.apmg2018.com