Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA PENDUDUK SUNGAI ARA BERSAMA DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG, AR YEW TUNG SEANG PADA 24.6.18 DI TAMAN JAJAR SUNGAI ARA.

25 June, 2018

Majlis Hari Raya ini dianjurkan oleh penduduk Sungai Ara bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Ar. Yew Tung Seang dengan tujuan untuk merapatkan hubungan antara penduduk dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dalam usaha sama bagi menjaga alam sekitar, kebersihan dan keindahan Taman Jajar Sg Ara yang semakin popular di kalangan penduduk setempat.

Di antara program yang dianjurkan pada petang ini ialah Zumba, jamuan ringan, ‘Plog Clean’ dan penanaman pokok renek bersama penduduk Sg Ara bagi pengindahan taman. Majlis telah membekalkan pokok renek sebanyak 500 polibeg Heliconia psittacorum, Heliconia rostrata dan Murraya paniculata untuk di tanam oleh penduduk.

Jamuan ringan Hari Raya ini telah ditaja oleh YB Tuan Sim Tze Tzin, ahli Parlimen Bayan Baru dan YB Tuan Haji Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik selaku Ahli Parlimen Balik Pulau. Seramai 200 orang penduduk telah hadir bagi menjayakan Majlis Hari Raya bersama Datuk Bandar MBPP. Turut hadir bagi memeriahkan Majlis Hari Raya ini ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Tuan Haji Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Setiausaha Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Ir. Addnan bin Mohd Razali dan kakitangan Majlis.

  • gambar 1 19
  • gambar 2 21
  • gambar 3 21
  • gambar 4 19
  • gambar 5 14
  • gambar 6 9
  • gambar 7 5
  • gambar 8 4
  • gambar 1 19
  • gambar 2 21
  • gambar 3 21
  • gambar 4 19
  • gambar 5 14
  • gambar 6 9
  • gambar 7 5
  • gambar 8 4