Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN PENGASINGAN SISA DI PUNCA PERINGKAT SEKOLAH DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG

25 July, 2018

Dalam usaha memberi pendidikan mengenai kepentingan kesedaran keselamatan dan pengasingan sisa di punca, satu program telah diadakan di SMJK (C) Sacret Heart, Balik Pulau pada 23 Julai 2018 (Isnin).

Program ini telah dihadiri sebanyak 52 buah sekolah termasuk sekolah rendah dan menengah dan dianggarkan seramai 800 pelajar dan guru yang hadir ke program ini.

Program telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang iaitu Ybhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang. Hadir bersama adalah YB. Dato' Haji Abdul Halim Hussain (Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan ), YB. Tuan Haji Mohd Tuah Ismail (ADUN Pulau Betong), YB. Tuan Azrul Mahathir Aziz (ADUN Bayan Lepas), Ahli-Ahli Majlis dan Ketua-Ketua Jabatan.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi kesedaran dan kepentingan dalam keselamatan dan kebersihan alam sekitar yang perlu dipupuk dan bermula dari peringkat generasi muda yang merupakan generasi pewaris pada masa akan datang.

Pameran daripada agensi kerajaan yang lain turut dijemput semasa program ini diadakan seperti Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain.

Diharapkan dengan penganjuran program seumpama ini kadar kitar semula dalam negeri Pulau Pinang dapat ditingkatkan manakala pencemaran alam sekitar berjaya dikurangkan.

  • gambar 1
  • gambar 2 3
  • gambar 3 3
  • gambar 4
  • gambar 5 1
  • gambar 1
  • gambar 2 3
  • gambar 3 3
  • gambar 4
  • gambar 5 1