Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

MAJLIS PENYERAHAN BORANG PENYERTAAN MPSP BAGI KEJOHANAN ASIA PACIFIC MASTERS GAMES PENANG 2018

01 August, 2018

Majlis Penyerahan Borang Penyertaan MPSP Bagi Kejohanan Asia Pacific Masters Games Penang 2018 (APMG 2018) telah diadakan pada 31 Julai 2018 (Selasa) bertempat di Auditorium, Menara MPSP, Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Borang penyertaan kakitangan MPSP bagi kejohanan ini telah diserahkan oleh Yang Dipertua MPSP, Ybhg. Dato' Sr Haji Razali Haji Mohamud kepada Datuk Bandar MBPP merangkap Naib Presiden Jawatankuasa APMG 2018, Ybhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang.

MPSP telah menghantar seramai 100 peserta dan akan menyertai kejohanan sukan seperti bola sepak, bola jaring, badminton, basikal, tenpin boling, olahraga dan memanah.

Penyertaan daripada kakitangan MPSP bagi kejohanan APMG 2018 pada hari ini merupakan detik yang bersejarah kerana telah mencapai target penyertaan seramai 5000 orang peserta.

  • pic 11 0
  • pic 12 1
  • pic 14
  • pic 15
  • pic 11 0
  • pic 12 1
  • pic 14
  • pic 15