Ujian Memandu bagi jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11 yang bakal diadakan pada 13, 14, 18, 19, 20 dan 21 Januari 2021 bertempat di Bahagian Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan, Jalan Gurdwara dengan ini terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Pulau Pinang yang berkuat kuasa mulai 13 Januari hingga 26 Januari 2021.