Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI TAMAN DAVID CHEN PADA WAKTU TERTENTU PADA WAKTU PERSEKOLAHAN

22 June, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis  akan menukar aliran lalulintas dua hala ke sehala pada waktu tertentu di Taman David Chen, Pulau Pinang mulai 24 Jun 2020 (Hari Rabu) jam 1.00 tgh hari. Arah aliran lalulintas sehala  adalah seperti jadual berikut:-

BAHAGIAN JALAN YANG TERLIBAT

ARAH ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN

WAKTU PELAKSANAAN

Taman David Chen

Sehala dari Jalan Ayer Itam ke Lorong Batu Lancang

Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala pada waktu tertentu 6.30 pagi – 8.00 pagi dan 1.00 petang – 2.30 petang (waktu persekolahan sahaja).

Sesalinan pelan yang menunjukkan arah aliran lalulintas sehala yang dicadangkan adalah disertakan.

2.         Tujuan sistem jalan sehala dilaksanakan adalah bagi mengurangkan kesesakan dan melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan masalah konflik dan gangguan lalulintas di kawasan tersebut semasa waktu masuk dan keluar persekolahan.

3.         Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama tidak kurang dari 3 bulan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Komunikasi Korporat & Perhubungan Awam

Jabatan Khidmat Pengurusan

MBPP

Bertarikh : 22 Jun 2020

Klik untuk maklumat lanjut