PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN JALAN JELUTONG, JALAN PERAK DAN JALAN LENGGONG, PULAU PINANG
SIARAN AKHBAR
PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN JALAN JELUTONG, JALAN PERAK DAN JALAN LENGGONG, PULAU PINANG
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar aliran lalulintas dua hala ke sehala di sebahagian Jalan Jelutong, Jalan Perak dan Jalan Lenggong, Pulau Pinang bermula dari 25 November 2018 bermula jam 12.01 pagi (Hari Ahad) seperti pelan yang disertakan.
2. Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut:
BIL |
NAMA JALAN |
SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN |
CATITAN |
1. |
Sebahagian Jalan Jelutong di antara Jalan Lenggong dan Solok Perak |
Sehala Dari Jalan Lenggong hingga Solok Perak |
Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala |
2. |
Sebahagian Jalan Perak di antara Solok Perak dan Jalan Lenggong |
Sehala Dari Solok Perak hingga Jalan Lenggong |
Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala |
3. |
Jalan Lenggong |
Sehala Dari Jalan Perak ke Jalan Jelutong |
Penukaran aliran lalulintas dua hala ke sehala |
3. Solok Perak akan ditutup untuk semua jenis kenderaan kecuali kepada penduduk 'Aspen Residence' dan pengunjung pasaraya Sunshine di Solok Perak.
4. Tujuan sistem jalan sehala ini dicadangkan adalah bagi melancarkan aliran lalulintas berikutan kerja-kerja Menaiktaraf Sungai Jelutong oleh Jabatan Pengairan dan Saliran serta meningkatkan keselamatan kawasan ini.
5. Pemandu-pemandu adalah dinasihatkan untuk mematuhi arah aliran lalulintas dan larangan-larangan yang telah ditetapkan demi keselamatan orang ramai dan kelicinan aliran lalulintas di kawasan yang terlibat.
Sekian, terima kasih
Bahagian Perhubungan Awam
Jabatan Khidmat Pengurusan
MBPP
Bertarikh : 22 November 2018
Muat turun peta jalan dibawah :