Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN JALAN TUN SYED SHEH BARAKBAH, PULAU PINANG MULAI 5 DISEMBER 2017 (HARI SELASA) JAM 10.00 PAGI

30 November, 2017

MBPP

MAKLUMAN UMUM

PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN JALAN TUN SYED SHEH BARAKBAH, PULAU PINANG.

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis  akan menukar aliran lalulintas dua hala ke sehala di sebahagian Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Pulau Pinang mulai 5 Disember 2017 (Hari Selasa) jam 10.00 pagi. Arah aliran lalulintas sehala  adalah seperti jadual berikut:-

BIL NAMA JALAN SUSUNAN ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN
1. Sebahagian Jalan Tun Syed Sheh Barakbah

Sehala

Dari simpang Jalan Padang Kota Lama ke simpang bulatan Pesara King Edward

Sesalinan pelan yang menunjukkan arah aliran lalulintas sehala yang dicadangkan adalah disertakan.

2. Tujuan sistem jalan sehala dilaksanakan adalah bagi mengurangkan kesesakan dan melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan masalah konflik dan gangguan lalulintas di kawasan tersebut. Sistem jalan sehala ini akan dijalankan secara percubaan selama 3 bulan.

3. Sehubungan ini, Majlis menjemput tuan/puan untuk mengemukakan pandangan, ulasan, bantahan atau persetujuan mengenai cadangan tersebut. Sila tuan/puan tulis surat kepada jabatan ini atau hubungi Majlis di talian 04-2592015/ 04-2592327 atau email ke alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pandangan.

4. Pemandu-pemandu  adalah dinasihatkan untuk mematuhi arah aliran lalulintas dan larangan-larangan yang telah ditetapkan demi keselamatan orang ramai dan kelicinan aliran lalulintas di kawasan yang terlibat.  

Sekian, terima kasih.
Bahagian Perhubungan Awam
Jabatan Khidmat Pengurusan
MBPP
Bertarikh : 27 November 2017 
 
screen shot 11 30 17 at 10.57 am