Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

SIDANG MEDIA PROGRAM PENANG PEACE RUN 2018

24 April, 2018

Satu sidang media berkenaan Program Penang Peace Run 2018 telah diadakan pada 23 April 2018 (Isnin) bertempat di Pusat Informasi Taman Bandaraya, Pulau Pinang.

Program yang akan diadakan di Taman Bandaraya Pulau Pinang pada 5 Ogos 2018 (Ahad) ini mensasarkan penyertaan seramai 2,000 hingga 2,500 orang peserta.

Bagi yang berminat, anda boleh membuat pendaftaran secara atas talian (online) di https://event.howei.com/event/penang-peace-run-2018

Larian ini mempunyai 3 pilihan jarak (KM) iaitu:-

1) 1.5KM ( Orang Kurang Upaya Fizikal )
2) 1.5KM ( Peace Walkers)
2) 7KM ( Peserta normal)

Yuran penyertaan adalah seperti berikut
:-
1) RM 40.00 untuk dewasa normal berumur 18 tahun keatas.
2) RM 30.00 untuk peserta lelaki dan perempuan berumur dari 13 hingga 17 tahun
3) RM 30.00 untuk peserta Peace Walkers

Penyertaan adalah percuma bagi semua peserta kurang upaya dan anak-anak yatim.

Sebanyak 7 kategori lain yang dibuka oleh pihak penganjur berdasarkan tahun kelahiran dan jantina.

Peserta yang mendaftarkan diri akan menerima baju, sijil penyertaan dan cabutan bertuah manakala 10 peserta terawal yang berjaya menamatkan larian dalam kategori pertandingan akan menerima pingat.

Sebarang maklumat dan persoalan sila hubungi Jabatan Khidmat Kemasyarakatan MBPP di talian 04-2262959.