GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN
Pengenalan
Bahagian Perancangan Bandar telah dinaikkan taraf kepada sebuah jabatan pada 1 Januari 1985 selaras dengan penguatkuasaan pelaksanaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 bagi seluruh negeri Pulau Pinang. Sebelum ini, ia adalah sebuah bahagian di bawah Jabatan Sekretariat Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Sekali lagi pada 8 Mei 1993, Jabatan Perancangan Bandar telah bertukar nama kepada Jabatan Perancang Bandar Dan Pembangunan sejajar dengan fungsi dan peranan yang dimainkan untuk pembangunan Pulau Pinang.
Pada 1 Februari 2004, Unit Lanskap MPPP telah dipindahkan ke Jabatan Perancangan Pembangunan untuk merealisasikan hasrat kerajaan bagi mewujudkan kawasan pentadbiran MPPP sebuah Bandar dalam taman. Mulai 1 Oktober 2004, Jabatan Perancang Bandar Dan Pembangunan ini telah ditukar kepada Jabatan Perancangan Pembangunan.
Objektif
- Menghasilkan satu bandar yang sejahtera bagi seluruh kawasan pulau Negeri Pulau Pinang "The Most Livable City".
- Menentukan pemajuan di Pulau Pinang dijalankan secara teratur dan dirancang supaya ia membawa faedah-faedah sosial, ekonomi dan fizikal yang optima kepada orang ramai dan,
- Mewujudkan suatu suasana yang bersesuaian untuk kehidupan, bekerja dan beriadah seperti dihasratkan dalam matlamat Rancangan Struktur bagi Negeri Pulau Pinang
Fungsi
- Melaksanakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Perancangan Bandar & Desa 1976 dan lain-lain akta yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa;
- Menyediakan rancangan tempatan dan lain-lain pelan serta menggubalkan polisi-polisi dan garispanduan untuk tujuan kawalan pemajuan dan kegunaan tanah, perancangan pembangunan dan pemeliharaan bandar;
- Memproses permohonan-permohonan untuk kebenaran merancang, pecah sempadan tanah, pertukaran kegunaan tanah dan bangunan dan sebagainya;
- Mengumpul dan menganalisa data, kajian-kajian dan penyelidikan berkaitan dengan perancangan, kawalan pemajuan dan pemeliharaan serta merancang dan memantau projek-projek pembangunan Majlis.
- Memproses permohonan Pelan Landskap yang dikemukakan oleh pemaju untuk kelulusan dan memproses permohonan bagi mendapatkan Sijil Siap Kerja.
- Memproses permohonan penebangan pokok-pokok bagi tujuan pembangunan.
- Memantau kerja-kerja penyelenggaraan pemotongan rumput di tanah-tanah lapang dan bahu-bahu jalan seluruh Pulau Pinang kecuali jalan-jalan persekutuan.
- Merancang, menyediakan dan melaksanakan projek lanskap serta menyelenggarakan projek tersebut.
- Menyediakan peralatan untuk rekreasi di kawasan-kawasan lapang MPPP.
- Memberi bantuan anak-anak benih pokok kepada sekolah-sekolah, badan-badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan yang layak
Pegawai
Sila klik di sini untuk melihat direktori kakitangan jabatan ini.
Undang-undang
AKTA, ENAKMEN DAN UNDANG-UNDANG KECIL YANG DIKUATKUASAKAN
AKTA
- Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
- Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
- Akta Perancangan Bandar dan Desa Pindaan 1995 (A 933)
- Akta Perancangan Bandar dan Desa Pindaan 2001 (A1129)
- Kaedah-kaedah Pengawalan Perancangan (Am) 1990 Akta 172
- Kaedah Rancangan Pemajuan (Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan 1989)
- Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
- Kanun Tanah Negara 1965
UNDANG-UNDANG KECIL
- Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1986 (Pindaan 1993)
Garis Panduan
Perkara |
Tarikh diluluskan
|
|
1.
|
Dasar mengenai kawalan ketumpatan dan bayaran pemajuan (infrastruktur). | 28-8-80 |
2.
|
Garispanduan untuk menukar ketumpatan dari unit-unit kediaman ke ruang lantai yang sepadan (RLS) (dengan pindaan-pindaan). | 16-6-84 (1-1-96) |
3.
|
Garispanduan untuk kemajuan hotel. | 14-6-84 |
4.
|
Garispanduan untuk kemajuan perdagangan. | 19-7-84 |
5.
|
Garispanduan untuk kemajuan bercampur. | 19-7-84 |
6.
|
Dasar memberikan insentif kepada pemilik-pemilik tanah bumiputra yang ingin memajukan tanah mereka di Pulau Pinang. | 6-7-85 |
7.
|
Dasar cara perkiraan kandungan kedai/ perdagangan di dalam pemajuan perumahan. | 31-3-86 |
8.
|
Garispanduan rekabentuk untuk kawasan-kawasan pemeliharaan di dalam kawasan dalaman bandaraya George Town. | 17-7-87 |
9.
|
Pertukaran kegunaan premis-premis kediaman kepada kegunaan lain di sepanjang Jalan Air Hitam, Jalan Terengganu, Gelugor dan Jalan Tanjong Tokong (JB.1123/80). | 3-9-87 |
10.
|
Garispanduan untuk kawalan pemajuan di kawasan Jalan Dunn. (beserta dengan pelan) | 9-12-88 |
11.
|
Dasar untuk pengawalan penempatan klinik-klinik haiwan. | 28-9-89 |
12.
|
Garispanduan untuk penyediaan kemudahan masyarakat di kawasan pemajuan perumahan baru. (beserta dengan pelan) |
14-12-89
|
13.
|
Garis panduan untuk Pengawalan Pemajuan Kawasan Jalan Scotland Selatan |
14-12-89
|
14.
|
Garispanduan mengenai penukaran kegunaan sesebuah bangunan/premis kepada tempat penjualan kenderaan terpakai. | 12-3-92 |
15.
|
Dasar pembangunan di kawasan pengairan Permatang Damar Laut. | 1-4-92 |
16.
|
Garispanduan untuk kawalan pertukaran kegunaan bangunan bagi Bangunan-bangunan kediaman sediada berhadapan Jalan Mesjid Negeri dan Jalan Sultan Azlan Shah. (beserta dengan pelan) | 27-5-93 |
17.
|
Garispanduan pengawalan perancangan untuk pemajuan dan tukarguna bangunan-bangunan di kawasan Jalan Macalister di antara persimpangan Jalan Anson dan persimpangan Jalan Perak, Pulau Pinang.(berserta dengan pelan) | 9-9-93 |
18.
|
Garispanduan untuk kawalan pertukaran kegunaan bangunan bagi bangunan-bangunan kediaman sediada berhadapan Jalan P.Ramlee (disempadani oleh Jalan Perak dan Jalan Terengganu) |
23-12-93
|
19.
|
Garispanduan pengawalan perancangan untuk pemajuan baru dan pertukaran bangunan-bangunan kediaman sediada di kawasan yang disempadankan oleh Persiaran Gurney dan Jalan Kelawei, Bandaraya George Town.(berserta dengan pelan) | 24-3-94 |
20.
|
Garispanduan perumahan kos sederhana rendah. | 1-5-94 |
21.
|
Garispanduan pengawalan perancangan untuk kawasan Green Hall, Bandaraya George Town. (berserta dengan pelan) |
19-5-94 |
22.
|
Garispanduan untuk pemajuan perdagangan di dalam kawasan perumahan di Sungai Nibong dan Relau. (berserta dengan pelan) | 17-6-95 |
23.
|
Garispanduan untuk kawalan pemajuan di Jalan Burma di antara persimpangan Jalan Gottlieb/Jalan Bagan Jermal dan Jalan Cantonment, Bandaraya GeorgeTown. (berserta dengan pelan) | 7-12-95 |
24.
|
Garispanduan untuk pangsapuri perkhidmatan (service apartment). | 14-6-96 |
25.
|
Pelan Dasar Perancangan Dan Kawalan Pemajuan Majlis Perbandaran Pulau Pinang. [Pelan No.MPPP/PN-020)PL/PP)] |
13-9-96
|
26.
|
Garispanduan kawasan perletakan tanda atas bumbung (Roof-Top Sign) di Pulau Pinang (Pulau). | 8-11-96 |
27.
|
Garispanduan Kawalan Pemajuan Untuk Kawasan Pantai Utara, Pulau Pinang. | 24.6.97 |
28.
|
Garispanduan Untuk Pemajuan Di dalam Kawasan Perumahan Di Kawasan Yang Disempadankan Oleh Jalan Mohd. Taib, Jalan Jelutong, Jalan Madrasah Dan Laut. (berserta dengan pelan) |
13.8.97 |
29.
|
Garispanduan Untuk Kawalan Operasi Loji-loji Pembancuh Konkrit ("Concrete-Batching Plant"). (berserta dengan pelan) |
29.8.97 |
30.
|
Garispanduan untuk pemberian intensif bagi pemuliharaan warisan dan bangunan dalam kawalan dalaman bandaraya Georgetown. |
14-11-97
|
31.
|
Garispanduan Untuk Kawalan Pemajuan Baru Dan Tukarguna Bangunan-bangunan Kediaman Sediada Di atas Lot-lot Yang Berhadapan Jalan Air Hitam |
22.12.97 |
32.
|
Garispanduan Kawalan Bagi Pemajuan Stesyen Minyak di Luar Kawasan Bandaraya George Town. | 11.9.98 |
33.
|
Garispanduan untuk Hostel Pekerja. | 27.10.98 |
34.
|
Garispanduan Penambahan Bilangan Tingkat Bagi Rumah Teres Dan Berkembar Setingkat Di Kawasan Zon Perancangan "Kawasan Perumahan Tetap". | 26.1.99 |
35.
|
Garispanduan Untuk Pemberian Insentif Bagi Pemuliharaan Bangunan Warisan Di Luar Kawasan Dalaman Bandaraya George Town. | 20.7.99 |
36.
|
Garispanduan perumahan kos sederhana rendah |
1-5-94
1-7-02 |
37.
|
dasar memberikan insentif kepada pemilik-pemilik tanah bumiputra yang ingin memajukan tanah mereka di Pulau Pinang (Pindaan 1) |
28-1-03
|
38.
|
Garispanduan untuk kawalan pertukaran kegunaan bangunan bagi bangunan-bangunan kediaman sedia ada berhadapan Jalan Mahsuri/Jalan Mayang Pasir, Bayan Baru. (Pelan No: MPPP/PN-038 (PG/BBARU (D1/2002) |
28-1-03
|
39.
|
Garispanduan untuk kawalan pertukaran kegunaan bangunan bagi bangunan-bangunan kediaman sediada berhadapan Jalan Tanjong Bunga (Pelan No: MPPP/PN 037 (PG/T.BUN (D1/2002) |
28-1-03
|
40.
|
Garispanduan pengawalan perancangan untuk pertukaran kegunaan bangunan-bangunan kediaman sedia ada di kawasan sebelah selatan bidang hadapan Jalan Kelawai, Bandaraya George Town. (Pelan No: MPPP/PN-039 (PG/KLW (F1/2002) |
28-1-03
|
41.
|
Tambahan kepada "Garispanduan untuk penyediaan kemudahan masyarakat di kawasan pemajuan perumahan baru" untuk penyediaan tapak ibadat bukan Islam. |
16-1-03
|
42.
|
Garispanduan pengawalan perancangan untuk tukarguna bangunan kediaman sediada bagi premis-premis dilingkungi oleh Lorong Relau 3 dan Lorong Relau 2. (Pelan No: MPPP/PN-040(PG/KGR(D1/2003) |
16-12-03
|
43.
|
Garispanduan untuk kawalan pertukaran kegunaan bangunan kediaman sedia ada berhadapan Jalan Sungai Kelian, Tanjung Bunga.(Pelan No: MPPP/PN-041(PG/SG.KELIAN(D1/2004) |
9-11-04
|
44.
|
Garispanduan kawalan papan iklan (billboard) dan menara papan iklan setiang (unipole) dan iklan di pagar keselamatan (hoarding) di kawasan MPPP. |
2-12-05
|
45.
|
Garispanduan kawalan perletakan kolumbarium, krematorium, 'funeral parlour', pembuatan dan penjualan keranda di kawasan MPPP. |
19-1-05
|
46.
|
Garispanduan untuk perlingkungan semula daripada zon 'Perumahan Awam' kepada zon 'Perniagaan Terhad' di atas lot 18, Jalan Anson, Sek. 3, Bandar Georgetown, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. (Pelan No: MPPP/PN-043(PG/J.Anson (D1/2005) |
19-1-05
|
Pekeliling-pekeliling
- Pembangunan Di Kawasan Bukit 22 Jun 1994
Piagam Pelanggan
Bil. |
Piagam/Standard |
1. |
Permohonan Kebenaran Merancang samada secara serentak/berasingan akan diproses dan diputuskan dalam tempoh (108) hari. |
2. |
Permohonan untuk kelulusan Pelan Pecah Sempadan, Penyerahan dan Pemberimilikan Semula diproses dan diputuskan dalam tempoh dua (2) bulan. |
3. |
Permohonan Perlanjutan Permohonan Merancang hendaklah dipertimbangkan dan keputusan dikeluarkan dalam tempoh 2 bulan. |
4. |
Ulasan/pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat puluh (40) hari. |
5. |
Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois. |
6. |
Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan. |