Accessibility Tools

Skip to main content
Official Portal OfCity Council of Penang island

MAJLIS SAMBUTAN RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) TAHUN BARU CINA DAN PELANCARAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2020 PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT PULAU TIKUS

22 January, 2020

Sebagai usaha memupuk semangat mencintai dan menghargai alam sekitar, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Pulau Tikus pada hari ini mengadakan Pelancaran Anugerah Sekolah Hijau 2020 bersempena Sambutan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Tahun Baru Cina.

Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Sebagai simbolik kepada sambutan program ini, Datuk Bandar bersama warga sekolah berbesar hati untuk menanam sebatang pokok limau kasturi di perkarangan kawasan sekolah.

Sambutan ini turut diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh warga sekolah seperti persembahan tarian singa.

  • pic1 2
  • pic2 1
  • pic3 1
  • pic1 2
  • pic2 1
  • pic3 1